Kajian Kebolehlaksanaan Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang Berbangkit Lagi

penang-drAIDCNews – 10/11/16 –Apabila kerajaan berjaya menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) bagi Projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ERL) dengan tiga kajian kebolehlaksanaan (feasibility study) secara automatik perbandingan mula dibuat dengan kajian kebolehlaksanaan Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang.

Ahli Parlimen Simpang Renggam Liang Teck Meng berkata Projek ERL melalui proses yang betul apabila projek itu diberi kepada kontraktor selepas tiga kajian kebolehlaksanaan.

Namun, katanya, projek Projek Terowong Dasar Pulau Pinang melalui proses songsang apabila menganugerahkan projek tanpa apa-apa kajian kebolehlaksanaan.

“Tetapi kita lihat di Pulau Pinang, (untuk projek) tiga lebuh raya dan satu terowong. Macam mana projek diberikan sedangkan kajian kebolehlaksaan tidak dilaksanakan dan kosnya boleh sampai RM305 juta,” kata Teck Meng.

Menjawab isu berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata kos kajian kebolehlaksaan Projek Terowong Dasar Pulau Pinang bukannya RM305 juta, sebaliknya RM500 juta.

“Saya nak perbetulkan bukannya RM305 juta perkilometer (tetapi) RM500 juta perkilometer.

“Bila kita tanya di mana (hasil) kajian kebolehlaksaan, (Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjawab) ‘oh ada RM305 juta telah dibelanjakan’.

“(Tetapi) satu helai pun (kertas laporan tidak dihantar kepada) Kementerian JKR,” jawab Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud.

penang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s