Perang Saraf Pikat PAS Supaya Sertai Pakatan Harapan

banner_pas_bantah_phAIDCNews – 10/11/16 –Satu perang saraf yang bercorak ‘reverse psychology’ atau psikologi terbalik sedang diatur untuk memujuk PAS agar kembali ke pangkuan Pakatan Harapan (PH).

Perang saraf terbalik yang dimaksudkan itu penganjuran demontrasi membantah penyertaan PAS ke dalam PH yang dianjurkan oleh sekumpulan NGO pro PH pada 12 Nov (Sabtu) jam 7.45 pagi.

“Masa 7.45 pagi bukan masa yang sesuai untuk diadakan demonstrasi. Ia sengaja diwar-warkan kononnya untuk menunjukkan bantahan NGO pro PH terhadap kemasukan PAS dalam gabungan pembangkang.

“Jika orang ramai tidak hadir menyertai atau demontrasi itu dibatalkan disebabkan masa yang tidak sesuai, ia membawa mesej bahawa hanya segelintir NGO pro PH atau semua pihak pro PH mengalu-alukan penyertaan PAS dalam gabungan itu,” kata satu sumber kepada AIDCNews.

Ia merujuk kepada satu demontrasi yang dijangka diadakan sekitar jam 7.45 pagi di Ideal Convention Centre (IDCC), Sham Alam pada Sabtu, iaitu pada hari dan tempat yang sama berlangsungnya Konvensyen PH yang dijangka bermula jam 8.30 pagi.

Pada Konvensyen PH Sabtu ini, portal pro PAN, Malaysia Dateline meramalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dijangka akan diterima menjadi parti kompenan keempat PH selepas DAP, PKR dan PAN.

Ramalan itu dibuat berdasarkan kenyataan Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

“Sewajarnya PH mengambil langkah untuk terus melemahkan UMNO BN dengan membina ‘Grand Coalition’ di kalangan parti pembangkang untuk bersiap sedia sebagai peneraju ‘Malaysia Baru’ selepas PRU14.

“Membawa PPBM untuk menjadi anggota komponen PH adalah satu keperluan dan harapan bagi memberi keyakinan pada rakyat,” kata Mahfuz.

Bagi bekas naib presiden dan ketua penerangan Pas itu, PH ialah ‘Grand Coalition’ atau pakatan besar adalah sebagai kerajaan menunggu.

“Tiada menghilang nama dan tiada mengurang bisa jika PPBM memohon untuk menyertai PH dan seterusnya semasa Konvensyen PH pada 12 Nov 2016 ini diistiharkan PPBM sebagai anggota komponen baru PH,” katanya.

mahfuz

Dalam konvensyen itu, lapor portal itu, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal dijemput untuk berucap pada paginya manakala presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyertainya pada sebelah petang.

“Mengikut jadualnya, PH akan memeterai perjanjian kerjasama dengan Bersatu pada sebelah petangnya,”lapornya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s