Adik Guan Eng Bakal Ketua Menteri Pulau Pinang ?

adik-lgeMy Nation News – Pengumuman DAP Pulau Pinang menggunakan alasan Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) bagi melantik adik perempuan Lim Guan Eng sebagai Ketua Jawatankuasa Kempen Pilihanraya adalah muslihat bagi menyediakan wanita itu sebagai pengganti Ketua Menteri.

Guan Eng yang sudah didakwa di mahkamah kerana jenayah rasuah mengenepikan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, seorang anak tempatan bagi menjadi penggantinya.

Biarpun pengumuman dibuat Kon Yeow ketika Konvensyen DAP Pulau Pinang dan bukannya Guan Eng sendiri, menurut sumber DAP yang turut hadir di perhimpunan itu, ia adalah alasan bagi mengelak spekulasi di kalangan perwakilan.

“Perlantikan adik Guan Eng itu sebagai persiapan bagi menyediakan wanita itu menggantikan Guan Eng kerana tidak mahu teraju pentadbiran Pulau Pinang digantikan oleh ‘orang luar.’

“Kon Yeow tahu kedudukannya biarpun sebagai Pengerusi DAP negeri, ia tetap tidak menjamin laluannya ke Komtar (pejabat Ketua Menteri),” kata sumber itu kepada My Nation News.

Katanya, apabila adik perempuan Guan Eng lebih kerap turun padang bertemu jentera berbanding Kon Yeow melalui perlantikan jawatankuasa itu, ia akan dijadikan alasan untuk melantiknya sebagai Ketua Menteri.

Adik perempuan Guan Eng dilantik mengetuai satu jawatankuasa bagi jentera sosial media atau dikenali sebagai RBA.

DAP akan turut menyalurkan lebih banyak sumber ke dalam ‘jawatankuasa’ itu, kata Kon Yeow seperti dipetik The Star Online baru-baru ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s