Mahkamah Tolak Permohonan Zaid & Khairuddin Cabar Keputusan Peguam Negara

zaidKUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak tiga permohonan untuk mendapatkan kebenarkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Peguam Negara yang menutup siasatan dan tidak mahu merangka pertuduhan jenayah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kes siasatan tersebut berhubung isu sumbangan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi perdana menteri dan kes SRC International Sdn Bhd.

Hakim Datuk Hanipah Farikullah menolak permohonan tersebut yang difailkan oleh bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, bekas naib ketua UMNO bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Majlis Peguam bagi mencabar keputusan Tan Sri Mohamad Apandi Ali.

Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Amarjeet Singh memberitahu pemberita bahawa hakim tersebut memutuskan dalam kamar bahawa peguam negara mempunyai budi bicara mutlak di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara itu.

“Mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa mengenai perkara itu dan mahkamah menerima penjelasan peguam negara dalam afidavitnya bahaaw keputusan untuk menutup fail adalah keputusan pentadbiran.

“Oleh itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas untuk membuka dan menyiasat bukti dan fakta baharu mengenai isu derma dan SRC,” katanya.

Amarjeet berkata mahkamah turut mendapati bahawa permohonan itu adalah remeh kerana pemohon tidak mempunyai pengetahuan mengenai maklumat yang diberikan kepada peguam negara dalam tiga kertas siasatan.

Katanya mahkamah menolak kesemua permohonan itu tanpa kos kerana perkara itu melibatkan kes kepentingan awam.

Peguam Amarjit Singh Sidhu, yang mewakili Zaid, berkata mahkamah menafikan hak anak guamnya selepas mendapati kuasa peguam negara sama ada untuk mendakwa atau sebaliknya tidak dapat dijustifikasikan.

Zaid, yang hadir di mahkamah, memberitahu media bahwa beliau tidak akan merayu terdapat keputusan itu manakala Presiden Majlis Peguam, Steven THiru berkata mereka kecewa dengan keputusan itu.

Khairuddin diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla manakala Tommy Thomas bertindak bagim pihak Majlis Peguam.

Pada 2 Feb lepas, Zaid memfailkan permohonan itu bagi menuntut perintah untuk membatalkan keputusan peguam negara dan memaksanya untuk memulakan prosiding jenayah terhadap perdana menteri mengikut Kanun Keseksaan dan atau di bawah Akta SPRM 2009.

Pada 26 Jan lepas, Mohamed Apandi mengumumkan SPRM tidak mempunyai bukti mencukupi untuk membolehkan beliau merangka pertuduhan terhadap perdana menteri dan mengarahkan kertas siasatan ditutup.

Pada 3 Feb lepas, Khairuddin memfaikan permohonan sama bagi mencabar keputusan Mohamad Apandi itu berkaitan kertas siasatan mengenai sumbangan RM2.6 bilion dan dua lagi terhadap SRC International, yang mengambil pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Pada Mac lepas, Majlis Peguam turut mengemukakan permohonan sama bagi memohon keputusan peguam negara itu dibatalkan. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s