DAP Dominan Di DUN Selangor : Tolak Usul Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam

dun-selangorMalaysiaGazette – Jelas dan nyata, DAP Selangor lebih berkuasa dan seolah memiliki kuasa veto dalam membuat keputusan sama ada menolak atau menerima sesuatu usul atau pindaan dasar dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor.

Ini berlaku pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Khamis lalu, apabila seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP mendesak dewan menolak usul pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam daripada Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang).

Bayangkan, seorang wakil rakyat bukan beragama Islam membantah cadangan itu, dan peliknya, tidak dibantah walau seorang pun ADUN beragama Islam dari PH, menyebabkan usul berkenaan ditolak Speaker DUN.

Campur tangan bukan Islam berkaitan hal ehwal Islam bukan baharu dalam pentadbiran kerajaan negeri.

dun-sel

Sebelum ini, umum tahu apa yang berlaku kepada bekas pemimpin yang juga mantan ADUN Gombak Setia, Datuk Hasan Ali.

Beliau dipecat dari parti dan pada masa sama digugurkan memegang jawatan anggota Exco oleh kerajaan negeri yang ketika itu menteri besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Hasan dikenakan tindakan itu kerana membangkitkan isu penjualan arak secara terbuka di kedai 24 jam.

Berikutan teguran itu, beberapa pemimpin DAP Selangor dan pusat melenting dengan tindakan Hasan membangkitkan isu arak.

Serentak itu juga Pas memecat keahliannya berkuatkuasa serta merta dan Hasan tidak lagi dicalonkan sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013.

Betapa hebatnya suara DAP. Semua rakan gabungannya ketika itu iaitu PKR dan Pas kecut perut sehingga sanggup kehilangan pemimpin berwibawa dan berilmu seperti Hasan, hanya semata-mata mahu mengambil hati rakan bukan Islam.

Inilah yang berlaku kepada BN selaku pembangkang di Selangor.

Mereka tidak boleh mengemukakan sebarang cadangan untuk menambahbaik hal ehwal agama Islam dalam pentadbiran kerajaan negeri kerana dikawal sepenuhnya oleh parti chauvinis.

Di mana Datuk Seri Mohamed Azmin Ali?

Di mana ADUN-ADUN Pas dan anggota-anggota Exco beragama Islam yang lain?

Kenapa dibiarkan wakil rakyat dari DAP yang menolak usul pindaan itu?

Sedangkan, ia untuk memantapkan pentadbiran kerajaan berlandaskan al-Quran dan Hadis.

“Siapa wakil rakyat ini untuk menyibuk hal ehwal Islam? Adakah ADUN DAP ini orang Islam?,” tegur Sulaiman dengan nada tidak puas hati.

Beliau turut membidas campur tangan wakil rakyat DAP berkaitan cadangan untuk membahaskan pindaan enakmen berkenaan.

Sambil menyifatkan wakil rakyat DAP itu biadab, Sulaiman berkata, ia tidak patut keluar dari mulur orang bukan Islam.

One thought on “DAP Dominan Di DUN Selangor : Tolak Usul Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam

  1. Betapa berpecahnya islam di selangor dan malaysia secara amnya..
    Islam lain tidak bersama menyokong usul ini hanya kerana beliau seorg islam BN. MasyaAllah.. apa nk jadi pemimpin islam semua.. lebih pentingkan dunia.. rasuah..kuasa dan tiada jihad menentang kaum yg menekan islam malaysia. Lebih pentingkan parti dari agama. Agama islam hanya di mulut. Allah mungkin akan turunkan bala kpd negeri selangor oleh kerana perbuatan pembangkang yg agama islam meremehkan agama islam..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s