Dewan Pemuda PAS Bimbang Kaedah Penyelesaian Isu Air Selangor

splashDewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengambil berat tentang perkembangan pengambilalihan 4 konsesi air di Selangor yang telah berjalan sejak 2008. Dppns bimbang sekiranya tidak diuruskan dengan baik, natijahnya adalah berlaku kepada pengabaian kepada hak hak rakyat yang selama ini begitu selesa dengan kerajaan negeri sejak 2008 yang melibatkan PAS sebagai sebahagian daripadanya.

Apabila isu air ini timbul semula ekoran sidang Dewan Undangan Negeri awal bulan ini dan pendedahan media tentang fakta fakta berkaitan, ia menimbulkan pertanyaan dan kerungsingan di kalangan rakyat. Apatah lagi sepanjang tahun ini berlaku dua kali dan lebih tentang masalah pembekalan air bersih.

Dengan pemerhatian kami dari yang ditimbulkan di media dan fakta fakta yang berlaku, Dppns merasakan perlu mewakili suara sebahagian rakyat tentang apa yang berlaku. Dan berharap kerajaan Negeri Selangor sekarang di bawah kepimpinan Dato Sri Azmin Ali dapat menyelesaikannya tanpa membebankan rakyat pada masa mendatang.

Berikut adalah perkara perkara yang perlu dijelaskan kepada rakyat tentang isu yang berlaku:

1. Pakej RM9.65b ringgit untuk 4 konsesi iaitu ABBAS, SYABAS, Puncak Niaga dan SPLASH.

2. Penambahan pengambilan equiti SPLASH dari RM250.6 juta kepada RM2.7 bilion. Lebih 10 kaliganda nilaian asal.

3. Ruang campurtangan Kerajaan Persekutuan sekiranya tidak selesai.

Pengumuman baru baru ini tentang cadangan pengambilan 2.7 bilion equiti SPLASH menimbulkan persoalan kerana ia akan meningkatkan kos ambil alih dari RM9.65b kepada RM12.1b. Sekiranya ini muktamad berlaku, bagaimana kerajaan negeri untuk mengurus tambahan 2.45 bilion.

1. Apakah kerajaan Selangor akan menggali khazanah perbendaharaan Selangor sebanyak RM2.45 bilion ?

2. Alternatif lain untuk mendapatkan 2.45bilion? Adakah perlu soft loan dari Kerajaan Perseketuan ?

Sekiranya itu berlaku, apakah kesan kepada tarif air akan datang dan apakah gangguan pula kepada bekalan air kerana penangguhan proses penstrukturan air yang tidak selesai kerana konflik pertindihan RM2.45bilion tersebut ?

Maka, isu yang melibatkan dana kerajaan rakyat Selangor dan bebanan bekalan air kepada rakyat diselesaikan sebaiknya supaya misi menjaga kebajikan dan maslahah rakyat dicapai.

Dppns berharap juga amanah kepimpinan ISLAM dan imej pengurusan telus diteruskan dengan proses proses yang meyakinkan supaya kerajaan Selangor yang ada terus diberi kepercayaan untuk memimpin pada masa masa mendatang.

Ahmad Hakimi Othman.
Pengarah Jabatan Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Isu SPLASH : Khalid Hantar Surat Peribadi Kepada Presiden PAS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s