Gertakan DAP Berjaya Pecahkan PPBM

ronnieAIDCNews – 12/11/16 –Gertakan Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew supaya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertanggungjawab di atas kehadiran Presiden parti itu duduk sepentas dalam ceramah PAS di Sijangkang, Kuala Langat menyebabkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil keputusan untuk menangguhkan persetujuan menandatangani perjanjian persefahaman dengan Pakatan Harapan (PH) dalam konvensyen Pakatan Harapan hari ini.

“Tidak ada wakil Amanah (PAN) dan DAP. Apa yang Muhyiddin dan Yaakop Sapari cuba sampaikan dengan menyertai ceramah bersama wakil rakyat PAS di Selangor?

“Adakah anda semua sedang menguji kesabaran kami (DAP dan Amanah)?” soal Ronnie Liu dilapor portal pro PAN, Malaysia Dateline.

ronnie1Gertakan Ronnie Liu itu merujuk kepada sekeping gambar yang menunjukkan kehadiran Muhyiddin dan Yaakop Sapari dalam program anjuran PAS PAS Kawasan Kuala Langat pada 9 Nov.

Yaakop hanya ADUN PKR Kota Anggerik, berbanding dengan Muhyiddin yang merupakan Presiden PPBM merangkap Ahli Parlimen Pagoh.

Mereka dilihat duduk sepentas bersama ADUN PAS Sijangkang yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi dan ADUN PAS Meru, Dr Abdul Rani Osman.

Sehari selepas itu, Muhyiddin telah menghubungi pemimpin Pakatan Harapan bagi meminta penangguhan perjanjian kerjasama, bagaimanapun beliau menekankan bahawa beliau tidak mempunyai masalah dengan kandungannya.

“Difahamkan Muhyiddin menuntut lebih banyak perbincangan dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan mengenai hubungan mereka dengan DAP dan Amanah.

“Turut difahamkan bahawa Muhyiddin lebih berminat untuk membentuk pakatan pembangkangnya sendiri yang terdiri daripada PPBM, PKR dan PAS.

“Gabungan itu akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan. Bagaimanapun, pemimpin Pakatan Harapan tidak menerima cadangan itu,”lapor Mstar.

Gertakan DAP dan penangguhan PPBM untuk menyertai PH dilihat portal pro PAN, Malaysia Dateline sebagai titik perpecahan PPBM kepada dua kem.

Selanjutnya, sila baca “Perpecahan PPBM Kepada 2 Kem Makin Lebar, Dakwa Portal PAN

Adakah Kamu Cuba Uji Kesabaran DAP & PAN – Soal Ronnie Liu

One thought on “Gertakan DAP Berjaya Pecahkan PPBM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s