Muhyiddin Mohon Maaf Tangguh Tandatangan Masuk Pakatan Harapan Hari Ini

free-anwarAIDCNews – 12/11/16 –Tiada majlis Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menandatangani menyertai Pakatan Harapan sebagaimana yang dijadualkan sebagai acara kemuncak Konvensyen Pakatan Harapan hari ini, sebaliknya ia ditukar dengan program mengangkat sepanduk ‘Bebas Anwar’.

“Minta maaf, perjanjian ditangguhkan hari ini. Minta maaf,” kata Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa memberikan ucapan di Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau akan mendapatkan tarikh untuk berbincang dengan pimpinan parti dan pakatan pembangkang mengenai draf perjanjian yang akan ditandatangani.

“Saya minta supaya beri peluang kepada pimpinan PPBM untuk mengadakan pertemuan kali pertama dengan pimpinan Pakatan Harapan.

“Walaupun saya telah mengadakan perbincangan dengan presiden PKR, tetapi ahli-ahli kita tidak tahu hal ini.

“Jadi wajarlah saya beritahu kepada mereka dan mendapatkan tarikh untuk bersama dengan kepimpinan Pakatan Harapan, selepas itu kita boleh mewujudkan persefahaman,” katanya.

pak-haji

Dalam masa sama, Muhyiddin mengakui penangguhan itu turut berpunca beliau sedang menunggu keputusan untuk bekerjasama dengan PAS.

Menurutnya, sebagai parti baharu, sudah menjadi dasar PPBM untuk menjalinkan kerjasama dengan semua parti politik.

Beliau berkata pertemuan pertama antara PPBM dengan PAS berjalan baik dengan pihaknya kini sedang menunggu untuk mengadakan perbincangan seterusnya.

“PAS juga menunjukkan kesanggupannya untuk berbincang dengan kita berhubung pilihan raya seterusnya, misalnya soal 1 lawan 1. Perbincangan pertama sudah diadakan.

“Sekarang (PPBM) menunggu isyarat bila kita akan dapat kembali duduk berbincang, sebelum memeterainya mungkin melalui perjanjian persefahaman. Saya akan menunggu respons mereka,” katanya.

pembangkang-di-parlimen
bersatu

kon

tun-m1

saiful
saiful1

One thought on “Muhyiddin Mohon Maaf Tangguh Tandatangan Masuk Pakatan Harapan Hari Ini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s