Tun Mahathir Bertegas Mahu Sertai PH, Sangkal Kenyataan Muhyiddin

SHAH ALAM: Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan partinya memang ingin menyertai Pakatan Harapan.

Berucap di Konvensyen Pakatan Harapan hari ini, beliau menafikan dakwaan kononnya Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin keberatan menyertai Pakatan Harapan, kerana ingin bekerjasama dengan PAS.

“Memang niat kita untuk bersama dengan parti lain dalam Pakatan Harapan. Ini keputusan PPBM.

“Tak betul sama sekali (dakwaan) yang menentang perpaduan Pakatan Harapan dan PPBM adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Dia bersama-sama saya setuju yang kita akan menyertai Pakatan Harapan secara langsung,” katanya disambut tepukan gemuruh lebih 1000 hadirin.

Menurut laporan, Muhyiddin didakwa menangguhkan penyertaan PPBM dalam Pakatan Harapan yang dijadualkan diumumkan hari ini kerana ingin bekerjasama dengan PAS.

Bekas perdana menteri menyatakan kegembiraan melihat perpaduan parti komponen Pakatan Harapan yang ditunjukkan dalam konvensyen hari ini.

“Saya kagum tengok ramai yang hadir. Selepas ini, saya harap PPBM diterima dalam Pakatan Harapan untuk bersama-sama (melawan BN),” katanya.

Malah, beliau berkata tiada masalah untuk menyokong reformasi – slogan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menentangnya lebih 2 dekad lalu – yang disambut dengan laungan “Reformasi” daripada para hadirin.

DAP bukan alasan tidak sertai Pakatan

Tanpa menamakan sesiapa, beliau mengecam pihak yang menjadikan DAP sebagai alasan untuk tidak menyertai Pakatan Harapan.

“Jangan kata tidak mahu sertai (Pakatan) kerana DAP. Saya dulu musuh ketat Lim Kit Siang (Ketua Ahli Parlimen DAP), tetapi itu hal kecil berbanding menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Sebaik Mahathir menamatkan ucapannya dan turun dari pentas, sejumlah hadirin melaungkan “bebas Anwar” berulang kali sebelum diminta pengerusi majlis supaya bertenang – FMT

2 thoughts on “Tun Mahathir Bertegas Mahu Sertai PH, Sangkal Kenyataan Muhyiddin

  1. Pengaruh Pas sudah cukup kukuh. Kedua terbesar dlm negara ini dan tak perlukan bantuan satu lg parti melayu setahun jagung.

    Peluang PPBM dlm PH lebih cerah kerana PAN tak sekuat PAS. Jadi ada slot yg boleh diisi. Imej Mat Sabu pun tak sebaik Muhyiddin. Anwar pula masih dlm penjara.

    Selain itu. Jika PPBM menumpang PAS sudah pasti ego Tun M tercalar kerana terpaksa berada dibawah akibat bergantung pada kekuatan Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS.

    Muhyiddin jelas tak terfikir hal ini. Yang dia tahu nak jadi Piey Em. Tak terfikir potensi PAS menang jauh lebih besar drpd parti setahun jagung. Maksudnya wakil parlimen dari Pakatan baru hanya akan dipenuhi PAS yg lebih terarah perjuangan islam. Habislah ego Tun Mahathir.

    Siapalah advisor Muhyiddin ni. Politik mesti ada matlamat kukuh. Jgn asyk nak tumbangkan BN. Kelantan sudah lebih 20 thn dlm tangan PAS tp cuba letak wakil parti lain dlm PRU14 nnt. Mmg kalah lah ditangan Umno. Sbb mindset org melayu islam ni kalau bukan Umno mesti Pas begitu juga disebaliknya.

    Like

  2. Pengaruh Pas sudah cukup kukuh. Kedua terbesar dlm negara ini dan tak perlukan bantuan satu lg parti melayu setahun jagung.

    Peluang PPBM dlm PH lebih cerah kerana PAN tak sekuat PAS. Jadi ada slot yg boleh diisi. Imej Mat Sabu pun tak sebaik Muhyiddin. Anwar pula masih dlm penjara.

    Selain itu. Jika PPBM menumpang PAS sudah pasti ego Tun M tercalar kerana terpaksa berada dibawah akibat bergantung pada kekuatan Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS.

    Muhyiddin jelas tak terfikir hal ini. Yang dia tahu nak jadi Piey Em. Tak terfikir potensi PAS menang jauh lebih besar drpd parti setahun jagung. Maksudnya wakil parlimen dari Pakatan baru hanya akan dipenuhi PAS yg lebih terarah perjuangan islam. Habislah ego Tun Mahathir.

    Siapalah advisor Muhyiddin ni. Politik mesti ada matlamat kukuh. Jgn asyk nak tumbangkan BN. Kelantan sudah lebih 20 thn dlm tangan PAS tp cuba letak wakil parti lain dlm PRU14 nnt. Mmg kalah lah ditangan Umno. Sbb mindset org melayu islam ni kalau bukan Umno mesti Pas begitu juga disebaliknya.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s