Tun Mahathir Amal Doktrin Bush-Tuduh PAS Makan Dedak – Salleh Said Keruak

Salleh Said Keruak – Hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menempelak PAS dan berkata bahawa parti Islam tersebut ‘makan dedak’. Mahathir menambah lagi bahawa sesiapa yang menentang pihak pembangkang mesti telah ‘makan dedak’.

Ini sama seperti Doktrin Presiden Bush Senior “jika kamu tidak bersama saya maka kamu menentang saya”, ungkapan itu keluar bila Bush cuba untuk mendapatkan sokongan untuk perang di Timur Tengah”, yang mana Amerika telahpun mengakibatkan Timur Tengah dalam keadaan kucar-kacir.

Apa yang beliau gagal lihat adalah PAS tidak meninggalkan Pakatan Rakyat. Tetapi DAP yang telah menutup Pakatan Rakyat supaya PAS boleh ditendang keluar daripada pakatan pembangkang dan apabila mereka membentuk Pakatan Harapan, PAS tidak dijemput untuk menyertainya.

Mahathir kini bercakap tentang satu parti, satu simbol, satu manifesto. Ini adalah apa yang telah diperkatakan oleh pihak pembangkang sejak tahun 1999. Tetapi selepas 17 tahun mereka masih belum dapat melaksanakannya.

Bercakap tentang perkara tersebut memang mudah. Melakukannya pula adalah satu perkara yang sama sekali lain. Pihak pembangkang tidak bersatu dalam banyak perkara jadi bagaimana ia boleh mencapai persetujuan dalam satu parti, satu simbol, satu manifesto?

PAS tidak akan sesekali meninggalkan ‘bulan’ mereka bahkan DAP juga tidak akan meninggalkan ‘roket’ mereka. Ia merupakan identiti bagi setiap parti itu sendiri. Untuk meminta setiap parti membuang simbol tradisional mereka dan menggantikannya dengan simbol lain merupakan satu perkara yang telah mereka bincangkan tetapi tidak akan sekali-kali melakukannya sejak 17 tahun yang lalu.

Lagipun, PPBM, PKR, DAP dan PAN semuanya mempunyai agenda yang berbeza. PPBM dengan agendanya untuk memecat Perdana Menteri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan menggantikannya dengan proksi Mahathir.

PKR dengan agendanya untuk membebaskan Anwar Ibrahim daripada penjara dan menjadikannya Perdana Menteri.

PAN merupakan sebuah parti yang terdiri daripada ahli PAS yang kecewa kerana gagal menyingkirkan Tn Guru Dato’ Sri Hj Abdul Hadi Awang.

DAP pula merupakan parti dengan agenda ‘Malaysian Malaysia’ nya yang ditentang oleh kebanyakannya Melayu.

Manifesto bersama adalah masalah lain bagi pihak pembangkang. DAP bercakap tentang Negara Sekular. Dalam hal tersebut mereka mestilah jujur untuk memasukkan perkara tersebut dalam manifesto bersama mereka.

Tetapi adakah PKR, PAN dan PPBM; malah PAS; bersedia untuk menerima Negara Sekular DAP?

PAS kemudian akan meminta impiannya terhadap Negara Islam untuk dinyatakan. Dan itu juga tidak boleh dimasukkan ke dalam manifesto bersama.

Jadi ia bermakna, seperti biasa, selain daripada manifesto bersama, setiap parti akan mempunyai manifesto individu dan malah manifesto berbeza untuk setiap negeri, seperti pada masa lalu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s