Apa Guna Berpakat Dengan Parti Alim Tetapi Masih Bermesra Dengan Najib, Soal DAP Selangor

tony-puaAIDCNews – 14/11/16 – Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata tiada guna pembangkang berpakat dengan PAS yang disifatkan sebagai parti alim, tetapi dalam masa sama Parti Islam itu masih bermesra dengan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Apa gunanya kita bersepakat dengan sebuah parti yang dikatakan berasaskan prinsip-prinsip agama, tapi enggan menentang belanjawan yang dibentangkan oleh seorang Perdana Menteri yang terbukti menyeleweng berbilion-bilion dolar wang rakyat ke dalam akaun peribadi beliau?” soal Pua dalam ucapan di Konvensyen DAP Negeri Selangor pagi semalam.

Pua berkata persetujuan pakatan pembangkang terhadap agenda satu lawan satu pada pilihanraya umum akan datang sokongan mestilah berdasarkan prinsip dan persetujuan dasar bersama termasuklah tidak boleh nampak berbaik dengan pihak yang dianggap musuh, iaitu Barisan Nasional.

“Apa gunanya kami berpeluk-peluk dengan parti yang ingin menonjolkan kealiman mereka tetapi masih bermesra dengan Dato’ Seri Najib Razak, penyamun dan perompak yang paling terkemuka seluruh dunia?” soal Pua dilapor Roketkini.

Menurut Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, bukan sahaja PAS memilih untuk tidak mengecam tindak-tanduk Perdana Menteri, parti tersebut turut memilih untuk memboikot perhimpunan BERSIH 5 pada 19 November nanti.

“Bukankah pendirian mereka dah cukup jelas?” soalnya.

Setiausaha Publisiti DAP itu berkata, tiada guna mematuhi agenda satu lawan satu, namun ditikam oleh mana-mana pihak yang ‘mungkin terpikat dengan tawaran istimewa daripada UMNO Barisan Nasional’.

“Tapi kami DAP memahami kepentingan satu lawan satu. Oleh sebab itu, kami setuju berikan masa untuk pihak-pihak yang masih ingin berunding dengan parti berkaitan.

“Permuafakatan ini telah dicapai dan diumumkan dalam Konvensyen Pakatan Harapan semalam di mana tarikh tamat akan ditetapkan untuk perunding tersebut,” jelasnya.

Pua juga tidak melepaskan peluang untuk mengarahkan akar umbi jentera DAP Selangor untuk memberi sokongan kepada PAN, parti serpihan PAS yang masih setia kepada pakatan politik pembangkang.

“Saya ingin mengarahkan supaya kesemua akar-umbi dan jentera pilihanraya DAP Selangor mencontohi semangat kami di Sungai Besar dan memberikan sokongan dan kerjasama penuh kepada kawasan-kawasan yang akan ditandingi oleh Amanah, dan juga kami tak lupa, PKR dalam pilihanraya yang akan datang.”

Menurutnya kemenangan PAN adalah sangat penting kerana tanpa memastikan kemenangan PAN dan mempertahankan kerusi yang telah dimenangi oleh PKR, Pakatan Harapan mungkin akan hilang kuasa kerajaan negeri Selangor.

“Apabila pemimpin utama DAP, Sdr Lim Kit Siang dan Sdr Karpal Singh pun boleh tewas di kerusi mereka pada tahun 1999, mereka tentulah berhak berputus asa kerana kekecewaan selepas perjuangan berpuluh-puluh tahun.

“Kerana keazaman merekalah, hari ini kita dapat melihat sedikit kemungkinan, untuk menewaskan Barisan Nasional.

“Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad pun mahu berdiri bersama musuh lamanya Saudara Lim Kit Siang untuk berada di pihak yang benar dalam sejarah. Apa lu mau lagi?” soalnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s