Apa Muslihat PPBM Tangguh Masuk Pakatan Harapan

AIDCNews – 14/11/16 –Walaupun PPBM hanya memiliki satu kerusi di Parlimen dan belum memohon untuk menjadi parti kompenan keempat dalam Pakatan Harapan, namun pimpinan utama parti itu, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku pengerusi PPBM telah diberi slot khas menyampaikan ucap utama dalam konvesyen gabungan DAP, PKR dan PAN Sabtu lalu.

Ini membuktikan tiada seorang pun di kalangan pimpinan Pakatan Harapan sama ada Lim Kit Siang (DAP), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR) atau Mohamad Sabu (PAN) layak memberi ucap utama kecuali Dr Mahathir

Mungkin juga ini strategi biasa yang dilakukan DAP mengangkat boneka Melayu untuk mengelirukan pengundi majoriti, namun dalam masa sama, penasihat DAP, Kit Siang membantah gesaan Dr Mahathir dalam program lain terutamanya program yang melibatkan ahli-ahli parti DAP sahaja.

Selanjutnya, sila baca “Satu Logo, Satu Parti : Kit Siang Tak Setuju Gesaan Tun Mahathir

Paling mengejutkan, apabila Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman menangguhkan untuk menandatangani persetujuan untuk masuk ke dalam Pakatan Harapan, walaupun sebelum ini bersetuju untuk menandatanganinya.

“Minta maaf majlis untuk mematerai perjanjian (menandatangani persetujuan masuk Pakatan Harapan) ditangguhkan. Tidak diadakan pada hari ini. Saya minta maaf,”kata Muhyiddin ketika diberi slot berucap dalam Konvesyen Pakatan Harapan pada Sabtu.

Muhyiddin berkata beliau amat serius untuk menyertai Pakatan Harapan, namun perlu meneliti secara terperinci butiran yang terkandung dalam gabungan pembangkang yang didominasi DAP itu.

Secara tersirat Muhyiddin memberitahu kandungan perjanjian Pakatan Harapan tidak begitu menguntungkan Melayu-Islam sebab itu tidak dipersetujui majoriti kepimpinan PPBM

“Saya amat serius dan juga teliti dalam menguruskan hal-hal yang penting seperti perjanjian bersama yang akan kami manterai dengan Pakatan Harapan.

“Saya telah minta bahawa majlis mematerai perjanjian ini ditangguhkan sedikit untuk memberikan masa yang cukup kepada semua kepimpinan PPBM yang hampir semuanya baharu dan Pakatan Harapan untuk berbincang lebih lanjut,”kata Muhyiddin.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga turut membayangkan partinya berhasrat untuk merombak semula beberapa terma perjanjian yang dibuat dan ditandatangani oleh ketiga parti, DAP, PKR dan PAN sebelum ini.

(Perbincangan) bukan hanya di antara presiden (parti-parti) yang telah diadakan sebelum ini, tetapi semua pemimpin kanan parti perlu duduk berbincang secara bersama untuk mencapai persetujuan atas setiap satu terma yang terkandung pada perjanjian itu.

“Pada dasarnya, saya bersetuju dengan sebahagian besar (perjanjian Pakatan Harapan) yang sudah pun dirangka oleh jawatankuasa yang terlibat,”katanya lagi.

Kolumis Antarapos, Lokman Ramlee berpendapat sikap berhati-hati Muhyiddin itu berkaitan dengan soal nahkoda Pakatan Harapan dan siapa bakal menjadi Perdana Menteri di kalangan pembangkang.

“Umum tahu Muhyddin bukan seorang pemimpin yang tegas dan gesit dalam tindakan dan bacaan politiknya. Namun dalam percaturan politik mutakhir, namanya tersenarai berpeluang menjadi perdana menteri jika pembangkang menang pilihanraya umum akan datang.

“Mungkinkah kerana itu Muhyiddin mengambil sikap lebih berhati-hati bagi menentukan PPBM mampu menjadi peneraju pembangkang dan tidak mahu ‘menurut sahaja’ syarat PH sedia ada?

“Dengan perkataan lain, mungkinkah PPBM atau Muhyiddin sebenarnya mahu meletakkan syarat khusus supaya kerabat PH tidak berdolak dalik atau enggan merestui PPBM menjadi nakhoda PH jika dapat menundukkan Umno-BN kelak?

“Dalam soal ini, mungkinkah PPBM mahu dengan jelas menyatakan bahawa ia mahu jawatan Perdana Menteri dikalungkan pada calonnya – Muhyiddin? Atau, mungkin juga Mukhriz?,” soal kolumnis itu.

Kolumnis FMT, Timmy Say pula berpendapat sikap berhati-hati Muhyiddin itu ada kaitan dengan PAS.

“PPBM sedar mereka akan bertempur dengan Umno di kawasan majoriti Melayu melebihi 85%, lantas memerlukan bantuan PAS jauh melebihi DAP dan PKR. Lebih-lebih lagi PPBM tiada jentera pilihanraya kerana ia masih baru.

“Inilah dilemma Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin. Oleh itu, tidak perlu hairanlah mengapa tandatangan PPBM untuk menyertai Pakatan Harapan ditangguhkan,” ulasnya.

Lantas, Timmy Say menimbulkan persoalan adakah PAS memerlukan PPBM atau PKR atau sebaliknya.

“Apakah PAS memerlukan PPBM dan PKR? Tidak semestinya kerana PAS boleh bertahan sehingga bila-bila meskipun tewas.

“Apakah PPBM dan PKR memerlukan PAS? Jawapannya hampir ya kerana PPBM hanya mempunyai 1 peluang untuk membuktikan diri di kawasan majoriti Melayu, manakala susah dibayangkan apa yang akan berlaku kepada PKR jika mereka kehilangan Selangor selepas 2 penggal menerajuinya,”ulasnya lagi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s