Satu Logo, Satu Parti : Kit Siang Tak Setuju Gesaan Tun Mahathir

lim-mAIDCNews – 14/11/16 – Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak bersetuju dengan cadangan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencadangkan agar pakatan pembangkang berdaftar sebagai satu parti, yang menggunakan satu parti, logo dan manisfesto yang sama seperti Barisan Nasional.

Walau bagaimanapun, Kit Siang hanya bersetuju pakatan pembangkang hanya menggunaka satu manisfesto dengan parti-parti yang berbeza tanpa berdaftar sepertimana yang diamalkan sebelum ini.

“Kita hanya boleh membentangkan satu manifesto kepada rakyat, jika tidak, dengan dua manifesto, kita akan menjadi bahan ketawa di negara ini, seperti yang berlaku pada tahun 1990-an di mana terdapat dua blok pembangkang,” katanya dalam ucapan perasmian konvensyen tahunan DAP Selangor, pada Ahad.

azmin-dap-selMenteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang turut hadir dalam Konvesyen tahunan DAP negeri itu bersetuju dengan cadangan Kit Siang.

“Itu adalah pilihan lebih baik untuk menghantar mesej yang jelas kepada pengundi bahawa kita bersatu dan kita serius untuk melakukan perubahan dan pembaharuan,” kata Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR.

Dalam ucaptama Konvesyen Pakatan Harapan pada Sabtu, Dr Mahathir berkata hanya satu cara saja untuk menewaskan BN iaitu dengan pakatan pembangkang perlu berdaftar sebagai satu parti, guna manifesto dan logo yang sama.

dr-mDr Mahathir berkata pakatan pembangkang perlu bersatu dan meletakkan seorang calon dalam pilihan raya tanpa mengira daripada DAP, PKR, PAN atau PPBM.

“Dia adalah calon kita dan kita akan sokong (dalam pilihan raya). Dengan itu kita akan dapat kemenangan.

“Kalau kita teragak, (kalau) guna (logo) mana-mana parti mungkin ada yang tak sanggup undi. Mungkin dia sokong pakatan tapi (kata) ‘undi parti tu kami tak sanggup’,” katanya.

Katanya, parti-parti pembangkang banyak kelemahan pada masa itu menyebabkan kemenangan berpihak kepada BN.

“Macam BN, guna dacing, sebelum itu kapal layar. Jadi tidak ada lagi identiti dengan parti mana sebab itu mereka menang. Dan kita perlu guna strategi yang sama,” katanya.

dap-sel

Walau bagaimanapun, Kit Siang berpendapat pakatan pembangkang yang menggunakan satu manifesto yang diamalkan sebelum ini lebih efektif berbanding dengan kaedah mendaftar satu parti seperti BN.

Malah, Kit Siang meramalkan dengan kaedah satu manisfesto, pakatan pembangkang akan berjaya menawan lima buah negeri iaitu Selangor, Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Johor pada PRU14.

DAP Tidak Setuju Pakatan Pembangkang Guna Satu Logo – Tunku Aziz

lim

2 thoughts on “Satu Logo, Satu Parti : Kit Siang Tak Setuju Gesaan Tun Mahathir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s