Jangan Biarkan Kuasa Asing Campurtangan Urusan Malaysia – Dr Chandra Muzaffar

SHAH ALAM: Mana-mana pihak luar termasuk George Soros tidak mempunyai hak untuk campur tangan proses demokrasi negara ini, demikian tegas pemerhati politik Dr Chandra Muzaffar.

Menjelaskan mengenai itu, kata Chandra pihak luar terutamanya Soros tidak seharusnya campur tangan dengan menyuntik dana kepada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan portal media pro pembangkang bagi mempengaruhi pemikiran rakyat agar menolak kerajaan sedia ada.

Jelasnya rakyat negara ini punya platform khas bagi menolak kerajaan sedia ada iaitu dengan saluran Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

“Memang (Soros tidak berhak campur tangan dalam negara) ia satu bentuk campur tangan dan bukan Soros semata-mata. Pada hemat saya orang luar tidak berhak untuk menentukan politik sesebuah negara, itu hak rakyat.

“Kalau mereka hendak ganti pemimpin mereka dengan pemimpin lain itu hak rakyat, tapi bukan hak pihak luar dan kuasa-kuasa asing. Bukan hak mereka untuk menentukan hala tuju dan masa depan sesuatu masyarakat,” katanya dalam temubual eksklusif bersama Antarapos.

Media sebelum ini melaporkan terdapat dakwaan bahawa pembangkang menerima dana politik daripada Soros untuk menganjurkan perhimpunan haram BERSIH 5 malah turut membiayai portal pro-pembangkang Malaysiakini dan firma kajian, Merdeka Center.

Terbaru, Majlis Peguam mengakui ia menerima sejumlah RM53,757.12 (US$15,000) daripada OSF sebagai geran untuk menjalankan kajian penyelidikan mengenai pekerja migran di Malaysia.

Malah Chandra berkata, ketidakterlibatan beliau bersama PKR adalah disebabkan mengetahui parti itu menerima pembiayaan politik dari Soros.

“Saya tahu bahawa George Soros dijemput oleh pihak-pihak tertentu untuk membantu parti tertentu dan saya adalah individu yang menghalang usaha beliau, parti itu adalah PKR. Individu yang terlibat pada masa itu ialah individu seperti (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang cuba jemput Soros melalui saluran tertentu.

“Ini satu daripada sebab mengapa saya undur daripada politik selepas berdepan beberapa episod-episod yang jelas menunjukkan pemimpin tertentu dalam PKR itu sebenarnya mereka bekerjasama dengan pihak akhbar tertentu di luar negara yang saya anggap musuh kepada perjuangan PKR dan perjuangan kebebasan umat Islam dan juga kumpulan lain,” jelas Chandra.

Justeru tegas beliau, cadangan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) untuk menggubal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik harus segera dilaksanakan.

“Bagi saya kita harus mengadakan undang-undang yang memerlukan perisytiharan secara terbuka daripada semua pihak ternasuk parti-parti politik dan badan bukan kerajaan dari mana dana yang mereka terima, sokongan kewangan yang diterima harus diisytiharkan kepada badan tertentu terutamanya Pendaftar Pertubuhan (RoS).

“Kita harus pastikan dana ini diisytiharkan kepada RoS dan mereka juga harus buat kerja dimana memahami apa saluran dan matlamat supaya tidak ada udang di sebalik batu. Itu penting,” ujarnya.

Cadangan JKNMPP sekali lagi timbul pada Oktober lalu, untuk semua parti mengisytiharkan sumber dana politik masing-masing bagi mengelak daripada menerima dana asing yang mungkin boleh menggugat keselamatan negara.

Perkara sama pernah dibangkitkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini namun tidak dipersetujui oleh pembangkang – AP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s