Saya Adalah Saksi Sahkan BERSIH Ditaja Dana Asing – Tunku Aziz

AIDCNews – 15/11/16 –Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tunku Abdul Aziz Tuanku Ibrahim mengakui beliau merupakan salah seorang saksi yang dapat mengesahkan bahawa BERSIH ditaja oleh dana asing dari Amerika Syarikat.

Tunku Aziz menceritakan pengalamannya sebelum pilihan raya 2008, dihubungi oleh Nurul Izzah Anwar yang mewakili bapanya, Anwar Ibrahim bagi menghadiri satu pertemuan tertutup di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Ketika itu Tunku Aziz merupakan Pengerusi Transparency International Malaysia (TIM), manakala Anwar pula bekerja dan berada di Amerika Syarikat.

“Sebelum pilihan raya 2008, saya telah dihubungi oleh anaknya, Nurul Izzah yang bercakap mewakili bapanya (Anwar). Dia (Nurul Izzah) memberitahu saya bahawa dia akan menubuhkan jawatankuasa pemantau pilihan raya adil dan bersih,” dedah Tunku Aziz.

Tunku Aziz berkata dalam mesyuarat di Sheraton Hotel Kuala Lumpur, beliau telah ditawarkan jawatan Pengerusi jawatankuasa pemantau pilihan raya adil dan bersih itu berdasarkan kredibiliti dan reputasinya.

“Ada beberapa orang dalam mesyuarat (tertutup) itu, di antara mereka terdapat dua orang warga negara asing.

“Mereka menceritakan perkara yang akan dilakukan, dan apa yang mereka akan berikan kepada saya, sangat menarik tawarannya, bayaran yang besar.

“Apabila saya tanya mereka, siapa yang menaja semua ini, mereka kelihatan agak terkejut, mereka sangat tidak selesa, memandang antara satu sama lain, kemudian mereka tunjuk kepada dua orang warga negara asing.

“Dua orang warga negara asing itu dari NDI (National Democratc Institute), salah satu cabang kepada NED (National Endowment for Democracy) yang berpangkalan di Amerika Syarikat,” dedahnya lagi.

Bagaimanapun, Tunku Aziz berkata beliau menolak tawaran itu kerana tidak mahu bekerjasama dengan mana-mana NGO yang bergantung kepada pembiayaan dana asing.

“Saya tidak akan menjual jiwa dan maruah untuk bekerjasama dengan mana-mana NGO daripada AS yang umum mengetahui mereka mempunyai agenda jelas untuk mendominasi pengaruh di rantau ini, sekali gus menumbangkan kerajaan dipilih rakyat,” katanya pada sidang media hari ini.

One thought on “Saya Adalah Saksi Sahkan BERSIH Ditaja Dana Asing – Tunku Aziz

  1. Kita keciwa ,kerana nampaknya pihak berkuasa sendiri,tidak ad kesungguhan dalam menangani isu ini.Ambil tindakan tegas kepada penganjur Bersih,tak kira lah kalau sekarang ianya melibatkan mantan PM dan mantan TPM,kerana ugama bangsa dan negara adalah lebih utama.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s