Skandal Rasuah RM600 Juta, Splash Gamuda & Azmin Ali

skandal-rasuah-azminCaptain M – 1. Isu skandal rasuah Splash Gamuda dengan kerajaan PKR Negeri Selangor sudah dibangkitkan sejak 2014 lagi. Raja Petra dalam MalaysiaToday pernah membangkitkannya dalam artikel ANWAR DIDESAK JAWAB TUDUHAN.

2. Ketika itu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta menjawab tuduhan mengatakan beliau telah mengarahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya membeli syarikat konsesi air, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash) pada harga RM2.7 bilion berbanding tawaran asal sebanyak RM250 juta. Ia dipersoalkan oleh Norizwan Mohamed Ketua Pemuda Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) ketika itu sebagai satu cubaan rasuah dan pecah amanah menggunakan duit rakyat dalam jumlah yang sangat besar.

3. Anwar menyokong supaya Splash dibeli dengan harga RM2.7 bilion dan telah mengatur satu pertemuan sulit antara Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah (pemegang 30 peratus saham Splash) dengan Abdul Khalid untuk memastikan transaksi tersebut berjaya.

4. Tan Sri Khalid menolak tawaran berkenaan yang akhirnya menyebabkan ADUN Pelabuhan Klang itu disingkirkan dari jawatan Menteri Besar menerusi Langkah Kajang (Kajang Move).

5. Sepatutnya Tan Sri Khalid Ibrahim mendedahkan pertemuan sulit bersama Pengerusi SPLASH, Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah pada 2013 dan Anwar Ibrahim itu yang memintanya supaya bersetuju membayar pampasan RM2.7 bilion berbanding tawaran asal RM250.6 juta.

6. Khalid mesti mendedahkan bahawa Wan Azmi bersetuju untuk membayar komisen RM400 juta kepada PKR sekiranya urusniaga itu diteruskan dan RM 200 juta lagi diberikan diberikan kepada Anwar secara peribadi untuk gerakan politiknya.

7. Pada 2009 Selangor menawarkan pampasan bernilai RM2.975 bilion namun setelah ditolak liabiliti sebanyak RM1.396 bilion, jumlah pampasan dikurangkan kepada RM1.579 bilion, tetapi ditolak SPLASH.

8. Sekali lagi tawaran tersebut berubah kepada RM2.56 bilion pada 2013 dan setelah ditolak liabiliti RM1.58b bilion serta dividen RM725.4 juta, jumlah keseluruhan pampasan bernilai RM250.6 juta.

9. Kes ini tertangguh sehingalah tamat tempoh oktober lalu yang menyebabkan kerajaan persekutuan agar menyelesaikan segera pengambilalihan SPLASH. Berlaku sering tuduh menuduh di DUN Selangor sebagai strategi Azmin Ali untuk meletakkan harga SPLASH. Kononnya Tan Sri Khalid telah bersetuju menawarkan kepada SPLASH pampasan RM2.975 bilion berdasarkan surat bertarikh 25 Jun 2009 dan seterusnya 19 Julai 2009. “Ia dengan pecahan seperti berikut iaitu nilai ekuiti RM1.579 bilion dan nilai liabiliti RM1.396 bilion,”

10. Azmin menuduh dan dalam masa sama menentukan bayaran RM2.7b kepada Splash! Permainan Azmin menunggu saat akhir untuk “score” sehingga memaksan Tan Sri Khalid membuat kenyataan media 5 November 2016 berhubung kerakusan Azmin Ali membayar RM2.7B kepada SPLASH

Kes Lot Tanah 68054 Paya Indah Wetlands dan kes beli SPLASH RM2.7b

11. Terlalu banyak dipaparkan terdapat bukti hubungan Azmin Ali dengan GAMUDA. Dalam tempoh perundingan jual beli Splash, Azmin masih sempat memberi kelulusan status Lot tanah 68054 Paya Indah Wetland bernilai RM784.3 juta milik Salak Land Development Sdn Bhd (Milik Gamuda). Ini termasuk laporan kepada SPRM oleh CheGu Bard pada 26 Oktober 2016. Terang-terangan Azmin dan Gamuda mempunyai hubungan kepentingan yang jelas.

12. Rasuah RM600 juta untuk urusan pembelian Splash sebagaimana dakwaan Tan Sri Khalid sewajarnya sekarang individu yang berkaitan disiasat SPRM. Apa lagi SPRM tunggu? Apakah mereka sedang memilih orang untuk disiasat?

13. Memburu penjawat awam dan pengurus besar GLC tetapi takut untuk menyiasat konglomerat besar dan juga Azmin Ali. Rajin pula SPRM memanggil Pengerusi Felcra seorang ahli politik BN untuk siasatan tetapi takut untuk menyiasat pemimpin pembangkang!. Apakah cukup Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai KPI? Laporan Rafizi Ramli kes rasuah seks, rasuah Manikavasagam PKR, kes Zuraida kereta mewah dan menipu penggunaan kelayakan MP serta kes rasuah SPLASH dan GAMUDA ini SPRM seakan lumpuh untuk bergerak. Apakah kerana GAMUDA syarikat besar maka SPRM takut?

14. Datuk Dzulkifli Ahmad KP SPRM yang baru dan juga Datuk Azam Baki, TKP SPRM (Operasi) mohonlah menyiasat dan mendedahkan apakah kesudahan semua laporan kepada mereka. Jangan hanya laju pada penjawat awam serta pengerusi GLC tetapi membungkam dengan pemimpin pembangkang.

15. Bagi Kerajaan BN tolong jangan biar urusan Splash ini berjaya sehingga dibayar RM2.7b. Kamu ingat RM600 juta kalau diberi kepada Azmin dan PKR jumlah yang tidak banyak ke untuk gerakan pilihanraya tahun depan? Ia cukup untuk membeli sesiapa. Jika tidakpun paling tidak pantau gerakan Pengerusi Splash dan pemilik GAMUDA. Syarikat mereka peduli apa pada negara. Mereka untung dan bayar urusan mereka selesai mereka ‘quit’. Siapa pun kerajaan mereka akan terus hidup. Jadi pemimpin BN jangan duduk diam terutama pemimpin Selangor. Kerja anda ialah menyerang habis-habisan, membuat pendedahan dan melaporkan kepada SPRM. Tekan SPRM untuk mengambil tindakan.

16. Jika surat terbaru Tan Sri Khalid Ibrahim bekas MB Selangor kepada Tuan Guru DS Hadi Awang bertarikh 9 /11/2016 diambil kira iaitu bukan RM 2.7B di “mark up” tetapi kos sebenar RM 4.2B bersekali liabliti Splash iaitu RM1.58b. RM4.2B apa kamu fikir komisennya RM600 juta lagi sebagaimana arahan Anwar Ibrahim?Tentunya lebih RM600 juta. Itu hanya Azmin yang tahu!

faekah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s