Tun Mahathir Lebih Baik Kembali Ke Tikar Sejadah – Nik Abduh

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz sekali lagi menyarankan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kemabli ke tikar sejadah.

Beliau yang juga anak bekas Mursyidul Am PAS menyarankan kepada bekas Perdana Menteri itu berbuat demikian daripada terus mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal untuk meraih sokongan.

“Itu saya kata dahulu dia (Mahathir) perlu kembali ke tikar sejadah, pergi ke Mekah, belajar agama. Itu lebih baik bagi dia,” katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen semalam.

Mengulas lanjut, kenyataan tidak masuk akal dimaksudkan Nik Abduh adalah usaha terbaru Dr Mahathir untuk membebaskan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara diatas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

“Dr Mahathir komen ikut suka dia sahaja. Orang tua, saya ingat dia yang sekat royalti minyak di Kelantan yang beliau kata nak bagi royalti. Dia yang penjarakan Anwar Ibrahim kemudian (sekarang) nak bebaskan Anwar.

“Masa dia ada kuasa, dia tidak buat. Bila tiada kuasa, dia sebut pula nak bebaskan Anwar,” tegasnya.

Kata Nik Abduh, Dr Mahathir seolah-olah mencuba menutup dosa lampau yang dilakukannya sewaktu menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dahulu.

Dalam pada itu, beliau turut menyangkal dakwaan Dr Mahathir mengatakan PAS akan tersungkur pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya bergerak sendirian tanpa bantuan dari rakan pembangkang lain

Katanya lagi, usaha PPBM untuk menjalin hubungan dengan PAS juga dilihat tidak serius apabila parti berkenaan seperti bermain tarik tali bersama PAS.

“Saya sendiri tidak tahu parti PPBM ini serius atau tidak. Tengok kenyataan macam serius untuk bersama PAS. Bila tengok kenyataan kedua, macam tidak serius. Saya tidak mahu komen,” katanya.

Ujarnya, PAS akan lebih berhati-hati sebelum menjalin sebarang ikatan kerjasama dengan rakan politik lain sambil menegaskan tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti dariapada Pakatan Harapan.

“Jangan sebut Pakatan Harapan,” tegasnya lagi.- Malaysian Digest

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s