Isu Banglo Adam Rosly : Dua Kem PKR Berbeza Pendapat

adamAIDCNews – 16/11/16 –Dua kem PKR berbeza pendapat berkaitan dengan isu banglo mewah yang dimiliki Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly.

Mohd Rafizi Ramli, Setiausaha Agung PKR mewakili kem Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meminta Adam mengistiharkan hartanya, namun cadangan itu dibantah oleh Timbalan Ketua AMK pusat, Dr Afif Bahardin yang mewakili kem Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohd Azmin Ali.

Rafizi Ramli mencadangkan Adam Rosly membuat pengisytiharan harta dalam masa terdekat bagi mengelakkan lebih banyak spekulasi timbul berhubung kekayaan luar biasa yang didakwa dimilikinya.

“Cara paling mudah untuk mengurangkan atau mencegah penyelewengan dan rasuah ialah ahli politik dan pegawai kerajaan berpangkat tinggi perlu mengisytiharkan harta setiap tahun. Saya sendiri akan isytihar harta minggu depan.

“Bagi kes Adam ini, cara paling mudah bukan saja dia tetapi seluruh parlimen kena ikut saya isytihar harta minggu depan. Lagi cepat Adam isytihar harta lebih mudah dan jika dia telus dan tiada apa yang disorokkan, dakwaan terhadapnya akan berhenti,” katanya kepada media, di lobi Parlimen, hari ini.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, beliau tidak mengetahui jenis perniagaan yang dijalankan Adam.

“Saya sebenarnya tak kenal dia. Dia agak baru dalam parti,” katanya.

Namun, Dr Afif Bahardin mempertahankan Adam supaya tidak mengisytiharkan hartanya kerana beliau bukan penjawat awam.

“Pengisytiharan harta untuk mereka yang ada kuasa eksekutif dan pegawai kerajaan, bukan peniaga atau orang awam. Beliau sudah jelaskan tiada apa-apa jawatan kerajaan, jadi saya tidak nampak ada keperluan untuk mengisytiharkan harta,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Adam merupakan pegawai khas Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang mewakili kem Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s