Jika Dato’ Disneyland Ini Ketua Pemuda PAS

adam-amkHanisya Abdul Hamid – Omak masih ingat lagi dan masih segar bugar dalam ingatan.

Ketika isu Ahli Parlimen PAS Temerloh YB Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi membeli sebuah kereta Toyota Velfire menggunakan AP yang diperolehi oleh setiap Ahli Parlimen, bukan main lagi berkokok, menjerit dan bertempik juak-juak penggiat siber dan media sosial PAN dan PKR menyerang dan menghentam sambil mempersoalkan dari mana datang duit untuk beli kereta berkenaan.

Bila Ketua Wanita PKR Pusat PKR yang juga Ahli Parlimen Ampang didedahkan memiliki tidak kurang 8 buah kereta termasuk beberapa buah dikategorikan sebagai mewah, pandai pula memberikan jawapan bahawa setiap Ahli Parlimen dalam sepenggal mendapat 3 AP, dengan itu mampu beli kereta harga diskaun.

Masa Pakar Strategi paling brilian, genius, pintar, bijak, tersohor, terhebat, terhandal dan terbilang seantaro dunia YB Hj Rafizi Ramli ketika disoal wartawan akan komennya tentang dihukum 18 bulan penjara dibawah kesalahan Akta Rahsia Rasmi, dia menjawab sebagai penerima elaun bulanan RM26,000 sebulan, menjadi tugas dan tanggung jawabnya bersuara demi rakyat.

Ertinya, elaun seorang Ahli Parlimen termasuk pelbagai elaun ialah RM26,000 sebulan …. Dengan elaun sebanyak itu pasti mampu beli sebuah Toyota Velfire harga diskaun berpuluh ribu ringgit dengan menggunakan AP pemberian kerajaan secara percuma sebagai ahli parlimen. Bukan beli tunai pun katanya.

Peliknya apabila didedahkan seorang Ketua AMK Cabang Ampang berumur baharu 28 tahun kaya raya sampai memiliki rumah bernilai RM7 juta dan deretan kereta mewah melebehi RM1 juta tidak pula juak-juak ini terpekik, terlalak dan terlolong mempertikaikannya.

Ada yang bersuara menyerang keras sambil berkata jangan nak berhati busuk dengki khianat sakit hati atas rezeki melimpah ruah seseorang.

Agak-agak kalau Dato’ Disneyland ini Ketua Pemuda PAS bagaimana ek dia diserang, dimaki hamun dengan kata-kata kesat oleh juak-juak PAN dan PKR.

Omak sahaja nak tahu jer .. Omak pun sedar sudah lama PKR ini satu-satunya setakat ini parti paling suci murni, tiada kompromi dan toleransi mengenai rasuah, fitnah, salah guna kuasa, penyelewengan, penipuan dan ketidak adilan.

TENKIU

kete
adam2
adam3adam4

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s