Ketua AMK Ampang Tunjuk Kereta Mewah, Banglo Di Media Sosial

adam-ketePETALING JAYA: Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Datuk Adam Rosly tidak segan mempamerkan kekayaan beliau dengan memuat naik gambar-gambar kereta mewah dan kediaman keduanya di media sosial.

Menerusi akaun Instagramnya, Adam memuat naik gambar sebuah banglo yang baru diubah suai di Putrajaya pada September tahun lalu.

“Alhamdulillah, kerja-kerja pengubahsuaian rumah saya selesai. #ThanksAllah,” menurut keterangan gambar berkenaan.

Mengulas mengenai gambar banglo dua tingkat itu, Adam berkata, ‘rumah kedua’ itu terletak di Putrajaya.

Beliau turut berkongsi gambar ruang tamu banglonya yang memaparkan perabot moden dan sofa besar dengan rekaan berbentuk L.

Adam, 28, turut berkongsi beberapa gambar kereta mewah dan sebuah motosikal berkuasa tinggi KTM 200 Duke.

Akaun Instagramnya memaparkan gambar-gambar Mercedes-Benz CLA250, Mercedes-Benz CLS, BMW Z4, Mini Cooper dan Range Rover Evoque.

Beliau turut berkongsi gambar istiadat pengurniaan dan majlis perkahwinannya pada Februari tahun lalu.

Selain itu, akaun Instagram dan Twitter milik Adam turut menunjukkan beliau sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang menghadiri beberapa majlis – Mstar

kete
adam2
adam3adam4

One thought on “Ketua AMK Ampang Tunjuk Kereta Mewah, Banglo Di Media Sosial

  1. Anak muda Melayu penyokong PKR ,DAP dan PAN semuanya berwibawa dan berjaya ,itulah sebabnya mereka tidak lagi memrlukan Umno,tak perlu subsidi.tak perlu tongkat.Kalau denga mereka merungut kesempitan itu bukan utk mereka tapi perjuangan utk rakyat biasa.Namun utk kepastian ,kenalah tunggu siasatan SPRM dulu,kalau mereka sudi menyiasat.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s