Ketua AMK Ampang ‘Mr Komisyen’ Projek-Projek Di Selangor – Armand Azha

AIDCNews – 17/11/16 – Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly memiliki kekayaan luar biasa dengan sekelip mata kerana beliau adalah ‘Mr Komisyen pelbagai projek di Selangor, dakwa Exco Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifa.

“Apabila kita lihat (kekayaan luar biasa) pada usia 28 tahun, bagi saya beliau wajib kita panggil pemimpin muda ‘Mr Komisyen’ dalam Negeri Selangor.

“Di mana kami dimaklumkan banyak urusan-urusan pentadbiran dari segi untuk mendapat projek pasir dan sebagainya, harus membayar sebilangan kecil komisyen kepada manusia bernama Adam Rosly ini.

“Seorang anak muda yang dikatakan ‘player maker’, untuk memudahkan mendapat projek dalam Kerajaan Negeri Selangor dan pihak PBT (Kerajaan Tempatan), khususnya di Ampang, beliau perlu dibayar sejumlah tertentu komisyen,” katanya kepada pemberita ketika sidang media, hari ini.

Sehubungan itu, Armand Azha mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Adam Rosly, yang juga pegawai khas kepada Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin berkaitan sumber kekayaan mencurigakan itu.

“Gaji pegawai khas saya rasa tidak lebih pun RM3800, dia mempunyai kekayaan rumah lebih daripada RM 3 juta, saya rasa dia ini proksi kepada kepimpinan Pakatan yang penuh dengan rasuah di Negeri Selangor.

“Saya rasa beliau adalah proksi kepada YAB Azmin Ali,”katanya lagi.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Dato Hj Zein Isma Ismail turut menambah melalui sumber-sumber tertentu yang diperolehinya mendakwa Adam Rosli adalah ‘perunding’ projek pasir di Negeri Selangor melalui satu syarikat yang dinamakan Semesta atau Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

“Semesta yang menjadikan soal penjualan pasir ini, ia mestilah ada ‘perunding’ (orang tengah).

“Saya difahamkan, dia (Adam) adalah di antara ‘perunding’ itu. Jadi proksi siapa ? Proksi Zuraida ? Proksi Azmin Ali, wallahuaklam,”katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s