Ketua AMK Ampang Padam Gambar-Gambar Aset Mewah

adam1AIDCNews – 17/11/16 –Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly telah memadam gambar-gambar yang memaparkan kehidupan mewahnya, dedah Hanisya Abdul Hamid.

“Segala gambar rumah mewah termasuk beberapa buah kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi akaun milik anak muda berumur 28 tahun yang menjadi kebangaan PKR kini kerana mampu menjadi kaya raya sekejap masa sudah dipadamkan oleh tuan punya.

“Aik!! semasa ditemuramah wartawan dengan bercermin mata gelap itu hari kata segala tuduhan dilemparkan itu adalah untuk aib dan memfitnah dirinya sahaja .. suatu politik murahan dan diakhiri dengan laungan lawan tetapppppp lawan.

“Belum apa-apa dah menggelupur dan menggelabah ke wahai wira anak muda kebanggaan PKR?????,” soalnya dalam Facebook.

Menurut mynewshub, jika sebelum ini pegawai khas Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin itu tidak ‘segan’ menayangkan segala kekayaannya rumah mewah, motosikal berkuasa tinggi KTM 200 Duke dan kereta jenis Mercedes-Benz CLA250, Mercedes-Benz CLS, BMW Z4, Mini Cooper serta Range Rover Evoque melalui media sosial untuk tontonan umum, namun kini dia telah ‘menyorok’ segala aset kekayaannya itu.

“Namun, semuanya kini sudah tinggal kenangan apabila segala aset itu gagal dilihat umum kerana sudah dipadam dan tiada lagi ‘kemewahan’ yang dapat disaksikan menerusi akaun Twitter dan Instagram milik Adam.

“Akuan Instagram pun kini dah private, yakni kena tapis dan dapat kebenaran jutawan muda ini baru boleh tengok apa-apa yang ‘sesuai dipertontonkan’.

“Jika sebelum ini, beliau ‘rancak’ berkongsi kemewahannya di laman sosial tetapi pendedahan oleh pemimpin gerakan Baju Merah, Datuk Jamal Yunos yang membongkar banglo ala Disneyland dipercayai bernilai RM7 juta milik jutawan muda itu pada Isnin lalu benar-benar memberikan impak kepadanya,” dedah portal itu.

Hanisya yang juga dikenali sebagai Omak Kau berkata Adam telah menjadi kaya raya dengan sekelip mata sebaik sahaja Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

“Depa kata beberapa Ketua AMK Cabang Negeri Selangor yang hidup kaya, mewah dan bergaya ini berlaku sejak YAB Dato’ Seri Hj Mohamad Azmin Ali menjadi MB Selangor.

“Peliknya bukannya semua Ketua AMK Cabang Selangor sudah berubah status hidup tetapi hanya yang tertentu sahaja dikenal pasti seperti ikon baharu kebanggaan AMK Dato’ Adam Rosly.

“Kesemua hartanah dan aset kereta-kereta mewah termasuk motosikal berkuasa tinggi dibeli dan dimiliki dari tahun 2015 dan bukannya sebelum September 2014.

“Suratan atau Kebetulan tidak dapat dipastikan,”katanya lagi.

khalid

amk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s