Tun M Sah ‘Enggan’ Sertai Demo Haram Bersih 5

PUTRAJAYA – Ibarat lagu popular band Kerispatih dari Indonesia, Tapi Bukan Aku, ketika tokoh ini sibuk ajak semua orang pergi demonstrasi haram Bersih 5, tetapi beliau sendiri pun tidak pergi.

Perkara itu disahkan Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan memberi alasan lucu kononnya beliau ada komitmen lain yang lebih penting di luar negara walaupun tarikh Bersih 5 ini sebenarnya telah ‘dicanangkan’ sejak tiga bulan lalu.

“Pada 19 November, jika mengikut perancangan yang telah dibuat lama sebelum ini, saya pula kena berada di luar negara. Tetapi saya ingin menyatakan sokongan saya kepada perhimpunan jalanan Bersih 5,” tegas beliau lagi.

Mahathir meluahkan ketidakhadiran beliau tersebut ketika diwawancara selama 36 minit secara eksklusif oleh aktivis Bersih, Hishamuddin Rais di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya baru-baru ini.

Keadaan Malaysia, ujar Pengerusi PPBM yang dilihat memakai baju-T warna kuning dengan perkataan ‘Bersih 5’ dalam satu rakaman video dimuat naik secara online itu kini konon sedang “berdepan dengan keadaan cemas”.

Namun yang kelakarnya, beliau sempat lagi menyeru orang ramai menyertai perhimpunan itu, tidak kira parti susulan kegagalan himpunan tanpa permit Bersih 4 yang berlangsung selama dua hari akhir Ogos tahun lalu.

Demonstrasi haram itu cuma disertai sekitar 20,000 orang, majoritinya etnik Cina penyokong totok DAP, dengan menyaksikan insiden peserta bertindak biadap memijak potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Peserta yang sebahagian besarnya menyokong gerakan LGBT, fahaman Pluralisme dan murtad itu turut memijak foto Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang susulan arahan beliau menyeru jutaan ahlinya ‘boikot’ Bersih 4.

Ekoran tindakan kurang ajar peserta Bersih 4 yang dibiayai dana jutawan Yahudi, George Soros itu, PAS menyertai Himpunan Rakyat Bersatu melibatkan lebih 200,000 peserta, majoritnya Melayu pada Hari Malaysia tahun lalu.

Sementara itu, PAS melarang mana-mana pihak memakai baju Unit Amal itu pada Bersih 5 dan menegaskan, larangan itu sejajar dengan keputusan pimpinan tertinggi PAS untuk tidak menyertai himpunan pada kali ini.

Ketua pengarah unit itu, Mohd. Nazree Mohd. Aris, berkata tindakan undang-undang akan diambil ke atas sesiapa yang memakai pakaian seragamnya termasuk topi yang mempunyai lambang atau nama Jabatan Amal Malaysia.

“Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kerosakan dan kecederaan akibat daripada tindakan individu yang menyamar sebagai anggota Jabatan Amal Malaysia semasa perhimpunan Bersih 5,” katanya.

Unit Amal PAS menerima pujian atas kejayaan mengawal himpunan Bersih 1, 2 dan 3. Namun, keretakan hubungan PAS dengan DAP menyaksikan parti itu tidak menyertai Bersih 4 pada tahun lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s