ADUN DAP Minta Kerajaan P.Pinang Kaji Semula Kelulusan Pembinaan Kondominium Mewah

dapGEORGE TOWN- Seorang wakil rakyat DAP meminta kerajaan DAP Pulau Pinang agar mengkaji semula kelulusan yang diberikan kepada pemaju untuk membina kondominium mewah khususnya berhampiran kawasan bukit.

Yeoh Soon Hin (DAP-Paya Terubong) berkata rakyat sebenarnya tidak memerlukan begitu banyak kemajuan dan rancangan pembinaan projek kondominium mewah.

“Kerajaan Pulau Pinang perlu mengkaji semula kelulusan yang diberikan kepada pemaju untuk membina kondominium 60 tingkat di Pantai Tanjung Bungah.

“Ini kerana projek itu hanya semata-mata dilihat mengikut kehendak pemaju dan tidak banyak membawa faedah kepada penduduk setempat,” katanya ketika membahaskan Bajet 2017 Pulau Pinang pada persidangan Dewan Undangan Negeri.

Beliau berkata kerajaan negeri sebenarnya mempunyai isu besar lain membabitkan kepentingan rakyat yang perlu diselesaikan segera.

“Masalah ekonomi, kesesakan trafik serta banjir yang semakin serius perlu ditangani segera kerana melibatkan banyak kerosakan harta benda,” kata Yeoh.

Mengenai dasar pembangunan, beliau menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya membuat pemantauan ketat dan semua projek pembangunan yang diluluskan harus mematuhi Rancangan Struktur Negeri.

“Sistem perparitan sedia ada harus dikaji semula tambahan pula mempunyai peruntukan besar sebanyak RM220 juta seperti diumumkan baru-baru ini,” katanya.

Sementara itu R.S.N Rayer (DAP-Seri Delima) berkata bencana banjir yang kerap berlaku di Pulau Pinang memalukan negeri itu.

Beliau berkata turut terjejas ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang merupakan pintu masuk utama ke negeri ini dan kini lebih dikenali dengan gelaran baharu iaitu ‘Kolam Takungan Air Antarabangsa’ – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s