Pengerusi PAN Pulau Pinang Sifatkan Peniaga Bunuh Diri Terjun Jambatan Sebagai Mati Syahid

AIDCNews – 18/11/16 –Pengerusi PAN Pulau Pinang menyifatkan Mohd Shukri Saad yang terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah selepas didakwa kerana menjual rokok seludup bernilai RM365 sebagai mati syahid.

Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, tindakan peniaga itu menamatkan riwayat hidupnya dengan “berkorban untuk Malaysia” adalah pembuka mata terhadap penderitaan rakyat jelata di negara ini.

“Shukri bukan seseorang yang dipuji ramai, bukan orang terkenal atau ahli JKKK. Shukri hanya marhaen yang cuba mencari nafkah seperti orang lain.

“Walaupun dia melakukan perkara kejam dengan mengambil nyawanya sendiri, itu antara dia dan Allah. Saya harap Allah akan ampunkannya atas dosa-dosanya.

“Tetapi, lebih penting, dia cakap sesuatu yang ahli politik tidak boleh kata. ‘Biar aku berkorban untuk Malaysia’. Ini adalah kenyataan yang menyebabkan rakyat Malaysia bertindak dan berfikir mengenai kekejaman Malaysia,” kata Mujahid dilapor FMT.

mujahid

Shukri yang berasal dari Tasek Gelugor, Butterworth, memuat naik nota bunuh diri di Facebook sebelum dia terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Pulau Pinang, pada 26 Oktober lalu.

Mayat peniaga kedai runcit berusia 38 tahun itu ditemui terapung dengan batu terikat pada badannya kira-kira satu batu nautika dari lokasi dia terjun, dekat kawasan Batu Maung, pada 28 Oktober lalu.

Katanya, keputusan membunuh diri itu diambil selepas Jabatan Kastam mendakwanya menjual rokok seludup berjumlah RM360, satu kesalahan yang boleh menyebabkan dia dipenjarakan.

Shukri mengkritik kerajaan dan pihak berkuasa memaksa dia membayar ribuan ringgit untuk ikat jamin dan denda.

Melalui catatan di Facebooknya, dia memaklumkan pernah ditahan 2 kali, iaitu pada 2012 dengan rokok bernilai RM160 dan kali kedua pada Februari lalu untuk rokok berjumlah RM200.

Pembelaan Mujahid yang juga Naib Presiden PAN pusat yang dibuat sehari menjelang perhimpunan BERSIH 5 esok dipercayai bermotif politik dengan memanipulasikan hukum Islam, terutamanya apabila menyamakan kematian Shukri dengan Mohamed Bouazizi, di Tunisia.

Mujahid berkata Mohamed Bouazizi seorang rakyat Tunisia telah membakar dirinya kerana layanan buruk kerajaan yang telah menyumbang kepada Revolusi Tunisia dan kebangkitan rakyat Arab menentang kerajaan.

“Lelaki ini seperti Shukri. Dia sekadar jual buah-buahan untuk sara hidup, tetapi kerajaan dan polis sering sasarkan dia atas kesilapan kecil. Ini bukan sesuatu yang anda pergi ke Bersih dan dapat jawapan anda. Orang itu tertekan.

“Selepas gagal mendapat respons kerajaan, Mohamed membakar dirinya. Dari sana, revolusi bermula. Presiden Zine El Abidine Ben Ali terpaksa berundur akibat tekanan rakyat.

“Tetapi, ia hanya menunjukkan apabila rakyat kecewa, ini boleh berlaku. Dalam kes ini, apabila mereka marah, diktator seperti Hosni Mubarak boleh digulingkan,” kata Mujahid.

Beliau berkata demikian di hadapan 100 hadirin di Dewan Muhibbah, Merbau Kudung sebagai sebahagian daripada Forum “Biar Aku Berkorban Untuk Malaysia”.

4 thoughts on “Pengerusi PAN Pulau Pinang Sifatkan Peniaga Bunuh Diri Terjun Jambatan Sebagai Mati Syahid

  1. Dia memilih jalan sesat ,sedangkan apa yg berlaku kepada beliau mungkin ada hikmahnya jika beliau bersabar dan berusaha gigih dgn cara yg lain.Apakah ini cara yg di kehendaki oleh Islam ,ala PAN bila seseorang menghadapi ujian?.orang lain pun banyak menghadapi masalah dgn pihak berkuasa ,malah lebih berat dan lebih ‘dizalimi’.Memebandingkan dgn perisitiwa diTunisia,merupakan satu hasutan.

    Like

  2. Saya sependapat dgn saudara sman. Bunuh diri bukan jln terbaik. Jika itu baik, sy pasti rakyat palestin patut utk bertindak demikian kerana ujian mereka lebih berat dari peniaga rokok seludup itu.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s