Tun Mahathir Ke Luar Negara, Pimpinan BERSIH & Baju Merah Ditangkap

mahathir-bersih-tAIDCNews – 18/11/16 –Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi), Tun Dr Mahathir Mohamad kini berada di Sudan ketika pimpinan BERSIH 5.0 dan Baju Merah ditangkap polis menjelang perhimpunan jalanan yang dijadualkan esok.

Rabu lalu, Dr Mahathir yang berbaju kemeja-T BERSIH 5 muncul dalam satu video yang menggesa rakyat Malaysia supaya menyertai himpunan jalanan tersebut.

Lewat petang tadi, Pengerusi gerakan BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah ditahan polis dan dibawa ke balai polis (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

Turut ditahan, pegawai urusetia BERSIH 2.0 Mandeep Singh Karpall.

“Polis merampas 10 laptop, senarai gaji dan penyata bank. Mereka juga membawa Maria dan Mandeep ke IPD Dang Wangi,” jelas Twitter daripada kumpulan BERSIH.

Sebelum ditahan Mandeep dalam Twitternya memberitahu pihak polis Bukit Aman telah menyerbu ke pejabat BERSIH di Petaling Jaya untuk melakukan rampasan terhadap beberapa dokumen dan barangan.

Dilaporkan polis telah merampas beberapa barangan dari pejabat tersebut, termasuk 10 komputer riba dan penyata bank.

“Bukit Aman di pejabat kami. Mahu rampas semua barang. Serbuan di bawah 124C,” kata Mandeep pada 3.12 petang tadi.

Seksyen 124C Kanun Keseksaan memperuntukan kesalahan bagi cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen, dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun.

Awal petang tadi, The Star melaporkan Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke telah ditangkap dan dibawa ke Bukit Aman.

Turut ditahan S. Arutchelvan (pemimpin Parti Sosialis Malaysia ), Ronnie Liu (AJK DAP Selangor), Jimmy Wong (Penasihat DAP Sarawak), Lee Khai Ming (aktivis DAP), Muhammad Safwan Anang (bekas aktivis pelajar), Anis Syafiqah (Aktivis pelajar) dan Luqman Nul Hakim Zul Razali (aktivis pelajar).

Ketua kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos juga ditahan polis pada awal pagi Sabtu, kira-kira pukul 1.30 pagi.

Difahamkan Jamal dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam.

Turut ditahan Razali Zakaria (Aktivis Baju Merah) dan Ayah Pin Keramat (Aktivis Baju Hitam)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s