Instrumen DAP – Pasukan Peronda Sukarela (PPS) – Jadi Pengawal BERSIH 5

AIDCNews – 19/11/16 –Instrumen DAP iaitu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) dilaporkan telah menjadi pengawal keselamatan peserta-peserta perhimpunan BERSIH 5 di ibu kota hari ini.

Pasukan keselamatan khas BERSIH 5 berpakaian baju T warna ungu adalah warna yang sinonim dengan pakaian PPS yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada tahun 2014.

“PPS yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan DAP Pulau Pinang pada 2008 selepas pentadbiran Barisan Nasional negeri itu tumbang kepada pembangkang, juga suatu ketika terkenal dengan banyak berita kontroversi panas.

“Selain ada banyak kes anggota PPS terlibat dengan kegiatan jenayah, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pernah mendedahkan penglibatan aktif ahli kongsi gelap dalam pasukan sukaralewan tersebut,” dedah Mynewshub.

Menurut portal itu, DAP terpaksa mengambil alih pengawalan perhimpunan tanpa permit itu selepas PAS enggan lagi mengerah Jabatan Amal parti tersebut mengawal keadaan sebagai mana demonstrasi BERSIH 1, 2 dan 3 sebelum ini.

“Buktinya Bersih 4 pada tahun lalu mendapat sambutan hambar dan sebagai balas dendam, peserta yang majoritinya etnik Cina penyokong totok DAP bertindak kurang ajar ‘pijak’ potret Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Justeru, penganjur Bersih kali ini terpaksa ‘upah’ pula pasukan baju ungu kerana sedar, himpunan haram itu bukan sahaja salah di sisi undang-undang, pihak polis sebenarnya boleh menahan mereka sendiri,” lapor portal itu lagi.

One thought on “Instrumen DAP – Pasukan Peronda Sukarela (PPS) – Jadi Pengawal BERSIH 5

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s