Peserta BERSIH 5 Sekitar 15,500 Orang – Polis

tun-m-2KUALA LUMPUR – Perhimpunan Bersih 5.0 yang berlangsung di beberapa lokasi sekitar ibu negara semalam bukan saja suram bahkan kurang mendapat sambutan apabila kehadiran peserta Baju Kuning dianggarkan sekitar 15,500 orang.

Bagaimanapun, bilangan ini masih jauh meleset daripada jumlah yang disasarkan penganjur iaitu seramai 100,000 orang.

Para peserta Bersih 5.0 yang memakai baju berwarna kuning mula berkumpul di lokasi seperti Jalan Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid Negara dan Dataran Maybank di Bangsar seawal pukul 8 pagi.

Bagaimanapun, perarakan peserta Baju Kuning gagal memasuki kawasan Dataran Merdeka berikutan sekatan dan kawalan ketat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga titik pertemuan perhimpunan haram itu di situ berubah ke Menara Berkembar Petronas kira-kira pukul 2.30 petang.

Antara pemimpin pembangkang yang hadir pada perhimpunan haram kali ini ialah Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad; Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli, aktivis, S. Ambiga; Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang – Kosmo !

surat
surat1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s