Tun Mahathir & PPBM Punca Kehadiran Peserta BERSIH Merosot Lebih 90 Peratus

tun-mahathirBAYANGKAN lebih 200,000 umat Islam tunjuk perasaan protes terhadap Gabenor Jakarta di ibu kota Indonesia itu pada 4 November lalu kerana hina al-Quran dalam demonstrasi hampir 20 jam.

Begitu juga kira-kira 100,000 rakyat Korea Selatan berkumpul padat di pusat bandar raya Seoul sebagai membantah skandal amalan penyelewengan presiden negara ‘kimchi’ itu dalam himpunan sepanjang hari 12 November lalu.

Itu cerita di luar negara namun di ibu kota Malaysia, hanya 15,500 orang menyertai perhimpunan haram Bersih 5 pada 19 November dan berlangsung cuma sembilan jam waima ‘dicanangkan’ ke seluruh dunia sejak tiga bulan lalu.

Angka rasmi itu disahkan pihak polis Kuala Lumpur hasil pemantauan rapi dengan mengambil kira waktu puncak demonstrasi berlangsung iaitu pukul 2.30 petang susulan kehadiran secara mengejut Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Manakala lawan Baju Kuning yang disebut juga sebagai gerakan Baju Merah pula jauh lebih kecil dengan pihak polis menganggarkan hanya disertai kira-kira 2,500 orang pada masa kemuncak iaitu selepas selesai solat fardu Zohor.

Itulah angka rasmi dikeluarkan pihak berkuasa yang lazim menjadi rujukan kebanyakan organisasi media tempatan dan antarabangsa jika berlaku sebarang acara keramaian melibatkan penyertaan jumlah peserta agak tinggi.

Ironi, portal berita propembangkang pula membuat angka yang jauh lebih tinggi iaitu 30,000 orang, dan itupun diuar-uarkan ke seantero dunia seolah-olah kerajaan Malaysia sudah pun habis ‘tumbang’ kepada pembangkang!

Untuk rekod, tahun lalu ketika berlangsung Bersih 4 selama dua hari menjelang Hari Kebangsaan 31 Ogos, portal itu lebih dahsyat apabila gah melaporkan seramai 500,000 peserta menyertai perhimpunan tanpa permit tersebut.

Ia bukan sahaja kelakar, malah ketika media arus perdana menganggarkan kira-kira 20,000 peserta sahaja terlibat, portal antikerajaan itu pula ‘tongkah arus’ dengan dakwa Bersih 4 konon disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Lucunya, sewaktu Himpunan Rakyat Bersatu pada Hari Malaysia tahun lalu yang diadakan susulan demonstrasi Bersih 4, portal itu ‘bijak’ mengatur ayat: “hanya 200,000 orang menyertai perhimpunan anjuran Baju Merah.”

Malangnya, kali ini di sebalik boikot berterusan PAS, Bersih 5 betul-betul boleh dianggap gagal teruk selepas ditolak faktor hujan lebat, penahanan beberapa aktivis Bersih dan perarakan Baju Merah serentak di kawasan berbeza.

Jelaslah, perhimpunan haram yang secara nyata disertai PPBM diterajui Mahathir buat kali pertama membuktikan tahap pengaruh parti kecil itu tidaklah sehebat mana pun dan sebenarnya amat lemah menarik ramai peserta.

Bayangkan bermula jam 9 pagi dan berakhir 6 petang, PPBM terpaksa mengharapkan ‘belas ihsan’ penyokong totok DAP yang majoritinya etnik Cina untuk hadir memeriahkan Bersih 5 di sebalik menyusahkan aktiviti warga kota.

Dengan kehadiran ramai nama besar dari Pakatan Harapan diketuai DAP selain sekutunya PKR dan PAN, Bersih 5 ternyata sekadar ‘tin kosong’ pihak pembangkang yang berselindung di sebalik isu konon tuntutan pilihan raya adil.

PPBM rupa-rupanya tidak dapat sokongan rakyat, hatta bukanlah memiliki ramai penyokong sebagai mana PAS mampu menjayakan siri Bersih 1, 2 dan 3 sebelum memulaukan Bersih 4 pada tahun lalu. – Mynewshub.cc/HAA

One thought on “Tun Mahathir & PPBM Punca Kehadiran Peserta BERSIH Merosot Lebih 90 Peratus

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s