Orang Kuat Tun Mahathir Dakwa Ibrahim Ali Sudah Tidak Relevan

khairuddin-ibrahimAIDCNews – 21/11/16 – Orang kuat Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali sudah tidak relevan dalam era politik masa kini.

“Realitinya era Ibrahim Ali sudah berlalu. Tolonglah jangan bernafsu besar lagi di dalam politik dan jangan sama sekali nak memporak-perandakan harapan rakyat bagi melihat pertandingan 1 lawan 1,” kata orang kuat Tun Mahathir, Datuk Khairuddin Abu Hassan.

Khairuddin yang merupakan bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ibrahim yang mengumumkan akan meletakkan 50 calon bebas untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Apa saja alasan yang Ibrahim Ali bakal berikan, contohnya ‘ini negara demokrasi siapapun berhak bertanding’ tetapi bagi saya dia tetap seorang pengkhianat yang sedang merosakkan pelan Pakatan Harapan yang gigih berusaha untuk hadapi pertandingan 1 lawan 1,” kata Khairuddin dalam satu kenyataan hari ini.

perkasa

Semalam, Ibrahim berkata PERKASA berhasrat untuk bertanding pada PRU 14 sebagai calon bebas untuk memberi alternatif kepada pengundi untuk membuat pilihan, khususnya pengundi Melayu.

“Kita tidak tolak kemungkinan PERKASA akan membariskan sekumpulan calon-calon bebas yang kita namakan ‘calon barisan bebas PERKASA’ untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.

“Tumpuan kita ialah kerusi Parlimen majoriti Melayu, (yang) sudah tentu ditandingi Barisan Nasional, PAS dan Pakatan Harapan. Kita akan masuk,” katanya dalam satu sidang media di Stadium Titiwangsa, selepas menyampaikan ucapan dasar dalam Persidangan Agung Tahunan Ke-7 PERKASA 2016 yang disertai oleh 2,000 orang ahlinya.

One thought on “Orang Kuat Tun Mahathir Dakwa Ibrahim Ali Sudah Tidak Relevan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s