Pasca BERSIH 5 : Cubaan Eksploitasi Tragedi Bunuh Diri Gagal Cetus Gelombang Kebangkitan Rakyat

mujahidAIDCNews – 21/11/16 –Cubaan Parti Amanah Negara (PAN) mengekspoitasi kematian Mohd Shukri Saad yang terjun dari Jambatan Kedua Pulau Pinang sebagai mati syahid gagal mencetuskan gelombang kebangkitan rakyat untuk menyertai perhimpunan BERSIH 5 Sabtu lalu.

Kebanyakan netizen berpendapat perhimpunan BERSIH 5 telah mengalami kegagalan besar berdasarkan jumlah penyertaannya yang merosot lebih daripada 90 peratus berbanding dengan sebelumnya dan komposisi kaum peserta kekal status quo di mana kaum Cina mendominasi perhimpunan tersebut.

Sehari sebelum perhimpunan BERSIH 5, Naib Presiden PAN, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa cuba mengekspolitasi kematian Mohd Shukri Saad, seorang individu yang nekad membunuh diri dengan terjun dari Jambatan Kedua Pulau Pinang selepas dia dihadapkan ke mahkamah kerana didapati bersalah menjual rokok seludup.

Mujahid cuba menyamakan kes bunuh diri Shukri sama dengan kes Mohamed Bouazizi seorang rakyat Tunisia yang telah membakar dirinya sebagai faktor menyumbang kepada Revolusi Tunisia dan kebangkitan rakyat Arab menentang kerajaan.

“Lelaki ini seperti Shukri. Dia sekadar jual buah-buahan untuk sara hidup, tetapi kerajaan dan polis sering sasarkan dia atas kesilapan kecil. Ini bukan sesuatu yang anda pergi ke Bersih dan dapat jawapan anda. Orang itu tertekan.

“Selepas gagal mendapat respons kerajaan, Mohamed membakar dirinya. Dari sana, revolusi bermula. Presiden Zine El Abidine Ben Ali terpaksa berundur akibat tekanan rakyat.

“Tetapi, ia hanya menunjukkan apabila rakyat kecewa, ini boleh berlaku. Dalam kes ini, apabila mereka marah, diktator seperti Hosni Mubarak boleh digulingkan,” kata Mujahid.

Selanjutnya, sila baca “Pengerusi PAN Pulau Pinang Sifatkan Peniaga Bunuh Diri Terjun Jambatan Sebagai Mati Syahid

siasah-daily

Muhammad Luttfi Abdul Khalid, Pengerusi Ikatan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (iPeguam) berpendapat cubaan pembangkang menyamakan kes bunuh diri Shukri (Malaysia) dengan Mohamed Bouazizi (Tunisia) akan mengesahkan pakatan pembangkang itu hanya memperalatkan perhimpunan BERSIH untuk melaksanakan misi mereka untuk mengguling kerajaan (Regime Change).

“Perbandingan dengan insiden membakar diri di Tunisia dijadikan satu rujukan dan perbandingan untuk mengabsahkan dan menjustifikasikan satu kebangkitan besar-besaran untuk melakukan perubahan kepimpinan negara (Regime Change).

“Untuk tujuan tersebut, pihak pembangkang perlu mengeksploit “Nota Bunuh Diri” yang isi kandungan dan kesahihannya dipenuhi dengan banyak tandatanya dan kemusykilan.

“Tanpa “Nota Bunuh Diri” tersebut, pembangkang tidak ada kes.

“Kebangkitan rakyat Tunisia dicetuskan oleh insiden membakar diri yang kemudiannya merebak menjadi Arab Spring yang menurut beberapa analisa, sebenarnya dijayakan oleh kumpulan-kumpulan liberal, Syi’ah dan gerakan sivil pro-Barat.

“Bukan satu rahsia lagi bahawa gerakan-gerakan seumpama ini juga mendapat tajaan Barat dan juga sokongan kapitalis dan institusi-institusi gereja Kristian, sepertimana yang disaksikan di Hong Kong dalam Gerakan Payung (Umbrella Movement) satu masa dahulu,” dedahnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s