Iskandar Samad Didakwa ‘Tikam Belakang’ Presiden PAS

iskandar-hadiAIDCNews – 22/11/16 – Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Naib Presiden PAS pusat, YB Dato’ Iskandar Abdul Samad didakwa tidak akur dengan arahan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, membelakangi dan ‘menikam dari belakang’ Presiden Parti Islam itu.

Krisis dalaman itu semakin memuncak sehingga berlaku pertikaman lidah di antara Iskandar dan sesetengah Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS pusat dalam mesyuarat parti itu pada 14 Nov di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur.

“AJK PAS pusat tidak berpuas hati dan bimbang Iskandar bakal mengkhianati PAS dengan berpihak kepada PAN Selangor.

“Ini berdasarkan kenyataan-kenyataan Iskandar sebelum ini tidak sependapat dengan Presiden PAS, Tuan Guru Ustaz Hadi Awang, antaranya mendesak PAS bekerjasama dengan Pakatan Harapan agar parti Islam itu kekal menang dan memerintah Selangor pada PRU 14,” dedah satu sumber dalaman yang tidak mahu dinamakan kepada AIDCNews.

Sumber dalaman itu berkata pertikaman lidah itu bermula sebaik sahaja isu penstrukturan semula industri air Selangor dibangkitkan.

“Iskandar mengkritik sesetengah AJK PAS pusat yang didakwanya tidak meletakkan kepercayaan yang tinggi kepadanya berkaitan isu tersebut.

“Pesuruhjaya PAS Selangor cuba memberi penjelasan berkenaan dengan isu air Selangor itu, namun penjelasannya kurang memuaskan hingga mengundang ketidakpuasan hati, syak wasangka mengenai wang tawaran yang dihebohkan sebelum ini,” dedahnya.

Tambah sumber itu, sesetengah AJK PAS pusat itu percaya Iskandar turut sama terlibat dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tanpa pengetahuan Presiden PAS.

“AJK PAS pusat percaya Iskandar turut sama-sama terlibat dengan MB Azmin Ali dalam soal habuan dan kepentingan lain.

“Perang mulut sesama sendiri dalam mesyuarat tersebut tidak dapat dielakkan sehinggakan mesyuarat terpaksa dihentikan,”dedahnya.

AIDCNews turut diberitahu bahawa mesyuarat AJK PAS Pusat itu turut membincangkan tentang masa depan kerjasama politik PAS dan PKR di Selangor.

“Soal kerjasama PAS dengan PKR di Selangor masih dalam penelitian sama ada perlu dipanjangkan atau diputuskan hubungan.

“Segala keputusan akan dibuat selewat-lewatnya pada Mac 2017,” dedah sumber itu lagi.

Isu SPLASH : Khalid Hantar Surat Peribadi Kepada Presiden PAS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s