Sertai Perhimpunan BERSIH 5, Ahli Parlimen PAS Sedia Dikenakan Tindakan Disiplin

mahfuzAIDCNews – 22/11/16 – Anggota Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bersedia berdepan dengan sebarang tindakan oleh PAS berikutan kehadirannya pada perhimpunan BERSIH 5 Sabtu lalu.

“Bersedia terima (sebarang tindakan). Terserah pada Jawatankuasa Disiplin. Itu terpulang pada parti untuk lihat ini satu kesalahan atau tidak.

“Apa saya lalukan hanya untuk rakyat Malaysia. Saya tak fikir himpunan BERSIH gugat orang ramai,” kata Mahfuz yang juga bekas Naib Presiden PAS itu kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat hari ini.

Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti menyerahkan kepada Jawatankuasa Disiplin parti untuk mengambil tindakan terhadap beberapa wakil rakyat parti itu yang sengaja hadir ke perhimpunan tersebut.

“Terpulang kepada disiplin parti, sehingga ada pengaduan. Kita tidak boleh bertindak kalau tiada pengaduan,” katanya kepada pemberita.
bersih5-2
5-pasTerdahulu Pemuda Amanah Kelantan mengucapkan tahniah kepada enam wakil rakyat PAS kerana menyertai perhimpunan BERSIH 5, Sabtu lalu.

Mereka adalah; YB Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah; YB Ahmad Baihaqi, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan; YB Dr. Nik Mazian, Ahli Parlimen Pasir Puteh, Kelantan; YB Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Adun Batu Burok, Terengganu; YB Mohd Nasir Mustafa, ADUN Kubang Rotan, Kedah dan YB Ir.Amiruddin Hamzah, ADUN PAS Anak Bukit, Kedah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s