Tun Mahathir Tibai Ibrahim Ali Sebab Tidak Mahu Masuk PPBM

ibrahim-aliAIDCNews – 22/11/16 – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad menghentam Datuk Ibrahim Ali kerana Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) itu tidak mahu menyertai PPBM disebabkan faktor DAP.

“Saya malu (dengan Ibrahim Ali), dia kawan saya, tetapi (dia) tak mahu masuk Bersatu (PPBM) pasal kita kawan dengan DAP.

“Baca komen Kadir Jassin (Ahli Majlis Tertinggi PPBM) berkenaan MCA, siapa lebih jahat. Tapi dia (Ibrahim Ali) sokong MCA ada kerjasama dengan parti Komunis di China dan lain-lain,”kata Dr Mahathir.

Justeru, Dr Mahathir membuat kesimpulan mudah, jika masyarakat Melayu menyokong hasrat Ibrahim dan PERKASA untuk bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU 14) seperti menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Dia (Ibrahim dan PERKASA) bertanding (calon bebas PRU 14) bermakna dia sokong Najib kerana dia tak boleh menang, Najib akan menang.

“Bermakna dia sokong Najib curi duit, dia sokong dasar (erm..gagap) BN yang tidak mengutamakan (erm..gagap lagi) apa nama..Dasar Ekonomi Baru dan sebagainya.

“Itulah Ibrahim Ali. Dia dari dulu musuh saya masa (dia) belajar universiti.Lepas tu, jadi baik dengan saya, kononnya apa yang saya buat, dia akan turut (sokong), tetapi bila ada nampak kepentingan diri, lain lah. (Ibrahim Ali merupakan) penyokong Najib yang kuat,” sindir Dr Mahathir.

Bekas Perdana Menteri itu merumuskan Ibrahim dan PERKASA merupakan alat Najib yang berpura-pura berjuang untuk Melayu.

“Dia (Ibrahim) bekerja untuk Datuk Seri Najib kerana dia tahu kalau ada lebih daripada (pertandingan) satu lawan satu, Najib akan menang.

“Jadi, dia berusaha supaya Najib menang. Dia pura-pura berjuang untuk orang Melayu konon. tak boleh bercakap dengan DAP, tetapi dia sanggup kerja dengan Najib. Sanggup sokong orang yang curi duit. Jadi itulah kerja Najib (dan) Ibrahim.

“Saya fikir ahli-ahli dia (PERKASA) tentu (akan) sedar. Mereka (ahli-ahli PERKASA) memang bersemnagat, tapi Ibrahim ni, dia kalau tak ada publisiti, dia tak seronoknya. Dia mahukan publisiti,” rumusnya.

Orang Kuat Tun Mahathir Dakwa Ibrahim Ali Sudah Tidak Relevan

bunga
bunga1
bunga2
bunga3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s