Kalau Boleh Terima Kit Siang, Anwar & Agenda Reformasi Kenapa Tubuh PPBM Soal Ibrahim Ali

AIDCNews – 23/11/16 – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali menegaskan jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sudah boleh menerima Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dan agenda reformasi apa keperluan lagi mereka menubuhkan parti baharu, sepatutnya sudah cukup sekadar menyertai parti-parti yang sedia ada.

“Macam parti Bersatu (PPBM), kalau sudah boleh terima Kit Siang, boleh terima Anwar Ibrahim, boleh terima agenda reformasi, tubuh apa lagi parti (PPBM), masuk parti (yang sedia) ada lah,” soalnya dalam sidang media di Ibu Pejabat PERKASA di Kuala Lumpur, hari ini.

Ibrahim menjelaskan penolakan beliau terhadap DAP bukan suatu perkara yang baharu, malah katanya sebelum penubuhan PPBM lagi, beliau sudah memberitahu Tun Mahathir Mohamad bahawa jika parti baharu yang bakal ditubuhkan itu akan bekerjasama dengan DAP, beliau akan menarik diri daripada menyokong parti tersebut.

“Pada awal lagi saya beritahu kat Tun (Mahathir), belum lagi PPBM ditubuh.(Saya bercakap) di hadapan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Shafie Afdal (sendiri) dengar (apa yang saya cakap) bahawasanya kalau tubuh parti (dan) bekerjasama dengan DAP tolong keluarkan saya. Saya tidak mahu bersama (dalam kumpulan parti baharu itu),” jelasnya.

Beliau mengibaratkan Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai DAP, PKR dan PAN sebagai sebuah kapal yang dipenuhi dengan musuh dalam selimut

“Saya tidak boleh menyertai kapal yang dalam kapal ini, ada musuh-musuh yang saya anggap musuh dalam selimut, musuh tradisi.

“Nanti kapal yang baharu buat ini pun belum apa-apa sudah nak tenggelam.”

Ibrahim turut menjelaskan kenapa beliau menolak DAP, sebuah parti serpihan parti Singapura, PAP yang mempunyai doktrin.

“DAP ini, ia ada doktrin. Doktrinnya Malaysian Malaysia (Malaysia untuk rakyat Malaysia).DAP adalah parti yang keluar daripada rusuk PAP, selepas Singapura keluar daripada Malaysia.

“Peringatan daripada Tun Tan Siew Sin (bekas Presiden MCA) sendiri…ucapan Lim Kit Siang di Bombay, Peristiwa 1987 Operasi Lalang, Isu Ketuanan Melayu, semua ini saya ingat dan saya tak (akan) lupa. Ini yang saya tidak boleh terima.”

Turut dijelaskan beliau berkenaan agenda reformasi yang bakal dilakukan DAP, PKR, PAN dan PPBM.

“Kata PKR. Kata DAP. Kita (PKR dan DAP) bekerjasama dengan Bersatu (PPBM) bukan sahaja setakat nak tukar Perdana Menteri tetapi juga mesti menerima aganda reformasi.

“Dan agenda reformasi (yang terkandung dalam PH) sebahagian besar, saya tak boleh terima. Kerana agenda reformasi ini juga ada menyentuh soal kedudukan pribumi.

“Dasar-dasar (hak istimewa pribumi) yang dahulu nak diubah. Kononnya dunia sudah berubah, tiada lagi pengenalan bumiputera dan tidak bumiputera.

“Jadi kalau saya masuk Bersatu (dan) Bersatu (pula) bekerjasama dengan DAP. Ia (PH) ada manifesto bersama, saya pula tengok (dalam) manifesto itu ada agenda reformasi (yang saya) tidak boleh terima. Saya (akan) gayang nanti.

“Akhirnya sekali akan menjejaskan mereka (PH dan PPBM). Patutnya saya tidak masuk (PPBM), mereka berterima kasih.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s