Maria Chin Abdullah Ada Kaitan Dengan CIA

bersih-mariaAIDCNews – 23/11/16 – Pengerusi BERSIH2.0, Maria Chin Abdullah mempunyai kaitan dengan biro perisikan Amerika Syarikat, Agensi Perisikan Pusat (CIA) melalui pembabitan dalam beberapa NGO pada 1980-an, kata Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa

Maria Chin atau nama asalnya Mary Chin Cheen Lian telah bertemu dengan Yunus Lebai Ali di London pada tahun 1979 dan pasangan suami isteri itu terlibat dengan NGO National Insitute for Electoral Integriti (NIEI) setelah mereka kembali ke Malaysia.

anfrel2

“Maria Chin dan Yunus pulang ke Malaysia sekitar akhir tahun 1980-an dan terlibat dengan NGO dinamakan NIEI (National Institute for Electoral Integrity). NIEI dan MAFREL (Malaysians for Free and Fair Elections) ditaja oleh Asia Foundation merupakan jaringan NAMFREL (The National Citizens’ Movement for Free Elections) dan ANFREL (Asian Network for Free and Fair Elections),” kata Annuar dalam Facebook malam tadi.

[Pengakuan Maria Chin Abdullah berkaitan dengan NIEI]

Berpandukan pendedahan bekas pegawai CIA, Philip Agee, Annuar berkata NAMFREL dan ANFREL adalah ‘tool CIA’ bertopeng di sebalik slogan ‘kuasa rakyat’.

“Modus Operandi CIA kini telah diambil alih oleh badan baharu yang dinamakan NED (National Endowment For Democracy).

“Maria Chin juga terlibat dalam NGO-NGO hak asasi manusia dan feminisme yang pro LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender). Antaranya; WDC (Women Development Collective), EMPOWER (Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor) dan SIS (Sister In Islam)…antara aktivis SIS adalah MARINA MAHATHIR…

“Ternyata beliau bukan orang biasa tapi merupakan seorang yang punyai latar belakang yang perlu diteliti lebih lanjut..,”katanya lagi.

[Pengakuan bekas pegawai CIA, Philip Agee berkaitan modus operandi CIA]

Menurut dokumen yang dikeluarkan NDI (National Democratic Institute), BERSIH 2.0, NIEI dan MALVU merupakan cawangan-cawangan yang diiktiraf NDI di Malaysia.

Manakala NDI mengiktiraf NAMFREL di Filipina dan ANFREL serta GNDEM (Global Network of Domestic Election Monitors) di peringkat global dan wilayah.

NDI merupakan salah satu cabang NED, sebuah yayasan demokrasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

“Apa yang telah dilakukan oleh NED hari ini adalah perkara sama yang pernah dilakukan oleh CIA, 25 tahun dahulu,” kata penggubal udang-undang penubuhan NED, Allen Weinstein, dilapor Washington Post, 22 September 1991.

niei-background

5 thoughts on “Maria Chin Abdullah Ada Kaitan Dengan CIA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s