Maria Chin Harus Terima Risiko, Bukan Merungut – Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali menempelak tindakan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah yang merungut selepas ditahan susulan penganjuran perhimpunan Bersih 5, Sabtu lalu.

Sebaliknya sebagai seorang pejuang, Ibrahim berkata, Maria serta beberapa pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) itu harus menanggung kesan perjuangan tersebut.

“Maria Chin dan geng-geng dia ini baru kena tahan 10 hari dah kecoh di Dataran Merdeka sampai Tun pun turun, pasang lilin, apa ni?

“Lepas itu nak komplen, nak tilam, tandas duduk, nak telur ayam kampung dua biji setiap pagi. Baik duduk hotel lima bintang,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Perkasa pada Rabu.

Berbeza dengan dirinya, Ibrahim menganggap beliau sebagai pejuang sebenar kerana tidak pernah merungut dan memohon habeas corpus semasa ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) suatu ketika dulu.

“Saya kena tahan dulu selama 60 hari dan juga dua tahun tapi saya tak complaint, juga tak buat habeas corpus. Teruk keadaan saya dekat dalam tak ada siapa peduli pun.

“Selama 60 hari duduk dalam bilik saya tak tahu malam ke siang. Tidur atas simen, tandas busuk, Tuhan saja yang tahu. Alhamdulillah saya juga tak pernah complaint,” katanya.

Pada Isnin, anak sulung Maria Chin, Azumin Mohamad Yunus membuat laporan polis mendakwa ibunya menerima layanan buruk semasa ditahan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Azumin mendakwa ibunya ditahan di dalam kurungan di lokasi yang tidak diketahui semasa mengalami tekanan darah tinggi dan osteoartritis.

“Dia perlu ambil ubat untuk memastikan keadaannya terkawal. Dia perlu menjalani pemeriksaan berjadual di Pusat Perubatan Universiti Malaysia pada Ahad untuk osteoarthritis,” katanya –Mstar

One thought on “Maria Chin Harus Terima Risiko, Bukan Merungut – Ibrahim Ali

  1. Ibrahim Ali sanggup ‘bercerai’ dgn Mahahtir kerana prinsip nya menolak berkawan dgn DAP yg di anggapnya sebagai anti Melayu dan Islam.Ini baru betul,pejuangan yg mahu mempertahankan ugama dan bangsa.Selebai lebai Pas pun pernah terjebak dgn DAP,Ibrahim tidak sekali.Begitu juga satu ketika dulu Ibrahim Ali adalah rakan seperjuangan Anwar ,tapi beliau juga sanggup ‘berpisah’ dgn Anwar atas perinsip yg sama.Ini kira sesuatu yg luar biasa ,kalau ada orang macam ni.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s