Ahli Parlimen PH Kecewa RUU 355 Ditangguh Lagi

AIDCNews – 24/11/16 –Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) meluahkan rasa kecewa apabila Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon penangguhan huraian berkenaan Rang Undang-undang (RUU) 355 pada sesi Dewan Rakyat akan datang memandangkan masih ada pihak yang keliru dengan usul tersebut.

“Memandangkan pindaan ini memerlukan kefahaman yang jelas, walaupun sudah ada secara bertulis yang diedarkan, namun masih ada lagi kekeliruan dan berbagai-bagai polemik di luar dewan ini melibatkan semua pihak.

“Walaupun undang-undang ini khusus bagi penganut islam sahaja berkait dengan kuasa raja-raja namun masih ada pertikaian dan perbahasan yang hangat, maka saya pohon untuk membuat huraian pada sesi akan datang selaras dengan peraturan mesyuarat 15 (5),” kata Abdul Hadi dalam sesi parlimen hari ini.

Sebelum itu, Abdul Hadi telah mengemukakan usul untuk meminda Seksyen 2 Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah).

“Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) dipinda dalam priviso kepada seksyen 2 dengan menggantikan perkataan “Penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali” dengan perkataan “penjara selama tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi satu ratus ribu ringgit atau sebatan satu ratus kali sebagaimana ditadbir selaras dengan tatacara jenayah syariah,” usul beliau.

Seperti cuak dengan usul yang dikemukakan Abdul Hadi itu, Ahli Parlimen PAN Parit Buntar, Datuk Mujahid Yusof Rawa bangkit meluahkan kekecewaan kerana usul itu yang dikemukakan Ahli Parlimen PAS itu tidak dibahas.

“Saya ada alasan untuk kepentingan orang ramai. Pada sesi yang lalu, perkara yang sama berlaku, tidak dibahas.

“Dan benda itu (RUU 355) bila turun di bawah, jadi masalah. Ia membawa masyarakat kita jadi perdebatan tidak sihat kerana pihak kerajaan yang sepatutnya membawa usul ini tidak meletakkan bagaimana perkara ini hendak dibawa.

“Apa yang dibentangkan… sudah tentu ia akan menimbulkan jurang yang cukup besar di bawah sana sehingga sesi hadapan..,”kata Mujahid.

Ahli Parlimen PKR Kuantan, Fauziah Salleh turut menimbulkan perkara yang sama.

“Saya pohon penjelasan di sini dan pengesahan daripada menteri yang berkenaan. Sama ada bacaan kali pertama (usul 355) akan diambil oleh pihak kerajaan, bila akan dibacakan bacaan kali pertama. Bila akan dibentuk jawatankuasa khas untuk membincangkan perkara ini.

“Sama ada akan dilibatkan semua semua ahli-ahli parlimen daripada semua parti (Islam dan bukan Islam) untuk kita sama-sama meneliti perkara ini kerana perkara ini melibatkan semua, walaupun kita kata tidak ada kena mengena dengan bukan Islam, tetapi ahli-ahli parlimen kita mewakili orang Islam dan bukan Islam.

“Ahli Parlimen bukan Islam juga ada kaitan dengan Islam, jadi mereka juga harus tahu,”katanya.

Ahli Parlimen PAN Shah Alam, Khalid Abdul Samad membuat cadangan yang lebih radikal iaitu meminta agar perbahasan berkenaan usul tersebut dibahaskan serta merta pada hari ini.

“Saya datang untuk nak bahas (usul 355). Bersedia untuk nak bahas. Ini merupakan kali kedua. Bila ianya ditangguh perbahasan itu sepertimana yang disebut Ahli parlimen Parit Buntar banyak kekeliruaan akan terhasil.

“Itulah sebabnya saya minta kalau boleh, kita bahas hari ini. Saya sokong kita bahas hari ini,” tegasnya sambil tersenyum sumbing.

Walau bagaimanapun, Ahli Parlimen DAP Tanjong, Ng Wei Aik menolak secara total usul 355 sebagai usul pindaan, sebaliknya mendakwa ia merupakan satu usul yang baharu yang belum pernah dikemukakan sebelum ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s