Menyingkap Latar Belakang Arwah Yunus Lebai Ali, Suami Maria Chin Abdullah

Dari kiri; Yunus Lebai Ali, Amin Isandar, Somsri Hananuntasuk (dari ANFREL -the Asian Network for Free Elections-Thailand) dan Maria Chin Abdullah
Dari kiri; Mohamad Yunus Lebai Ali, Amin Iskandar, Somsri Hananuntasuk (dari ANFREL-the Asian Network for Free Elections-Thailand) dan Maria Chin Abdullah

AIDCNews – 24/11/16 –Suami Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah bernama Yunus Lebai Ali yang meninggal dunia pada 25 September 2010.

Maria Chin atau nama asalnya Mary Chin Cheen Lian telah bertemu dengan Yunus di London pada tahun 1979, ketika itu Yunus merupakan bekas aktivis pelajar Universiti Malaya (UM) yang melarikan diri ke luar negara.

yunusYunus kembali semula ke Malaysia pada tahun 1986 ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia.

“Semasa menjadi pemimpin mahasiswa di Universiti Malaya, Yunus dipenjara di Penjara Ayer Molek Johor Bahru bersama-sama Hishamuddin Rais dan Syed Hamid Ali kerana terlibat menyokong perjuangan setinggan-setinggan miskin di Tasek Utara, Johor Bahru pada bulan September 1974.

“Pada tahun 1988, tidak lama selepas pulang dari London, Yunus sekali lagi ditahan. Kali ini dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di bawah Operasi Lalang.

“Dia ditahan di Pusat Tahanan Politik di Kamunting, Taiping, Perak. Aku tidak pasti berapa lama Yunus ditahan di sana, “kata sabahat karib Yunus, Hassan Karim dalam artikel bertajuk “Yunus Ali Meninggal Dunia

Hassan Karim
Hassan Karim
Hassan Karim merupakan bekas aktivis Kelab Sosialis UM yang kemudiannya menyertai Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan selepas PRM bercantum dengan Parti Keadilan, kini beliau dilantik Pengerusi PKR Johor.

Yunus dan Hishamuddin Rais dan berapa aktivis Kelab Sosialis UM yang dikenali sebagai aktivis pelajar kiri telah terlibat dalam demonstrasi pelajar di Kuala Lumpur pada 3 Disember 1974. .

“Beberapa orang pemimpin pelajar seperti Kamarazaman Yaacob (Presiden PMUM) dan Adi Satria Ahmad (Timbalan Setiausaha Agung PMUM) telah ditahan di bawah ISA dan dihantar ke Penjara Kamunting untuk menyertai Dr Syed Husin Ali dan Anwar Ibrahim.

“Ibrahim Ali Presiden Perkasa kini, turut sama ditahan waktu itu. Beliau adalah Presiden Kesatuan Siswa Institut Teknologi Mara (KSITM) ketika itu,” kata Hassan.

Namun, Yunus dan Hishamuddin berusaha untuk mengealk daripada ditangkap polis dan mereka berusaha melarikan diri ke luar negara.

“Pada ketika itu aktivis-aktivis pelajar kiri yang belum ditahan dibawah ISA seperti Yunus dan Hishamudian, mereka ada tiga pilihan.

“Pertama bergerak seperti biasa, meneruskan pengajian di universiti dan bersedia untuk ditahan di bawah ISA, soalnya sama ada cepat atau lambat. Kedua, masuk ke hutan mengangkat senjata dengan menyertai Parti Komunis Malaya (PKM). Ketiga, melarikan diri ke luar negeri sebagai pelarian politik.

“Yunus mengambil pilihan yang ketiga ini,” dedah sahabatnya itu.

yunus1Menurut Hassan, Yunus melarikan diri ke luar negara dengan mengikuti persidangan Persatuan Pelajar-Pelajar Asia (ASA) di Hong Kong pada tahun 1976 dan tidak balik semula ke Malaysia selepas itu.

“Selepas di Hong Kong aku tidak pasti ke mana Yunus berkelana. Aku hanya diberitahu bahawa dia kemudian berada di Karachi, Pakistan menumpang di rumah Duta PLO (Plaestin) di Pakistan ketika itu, iaitu Abu Yaakub namanya.

“Ini tidak pelik, Abu Yaakub pernah bertahun-tahun jadi Duta PLO di Kuala Lumpur dan kami pemimpin-pemimpin pelajar khususnya dari Universiti Malaya amat rapat dengannya.”

Yunus kemudiannya berhijrah ke London sekitar tahun 1981 kata Hassan.

“Dulu, Yunus tidak tamat pengajiannya sebagai siswa pertanian di Universiti Malaya. Kini, di United Kingdom Yunus menyambung pengajian di salah sebuah universiti di London dalam bidang Sosiologi.

“Pada tahun 1982 Yunus menjemput aku datang ke London. Ketika itu keadaan Yunus agak selesa dan dia bergerak di dalam Fuemso, iaitu persatuan pelajar-pelajar Malaysia di tanah Inggeris itu.”

Dari kiri; Ivy Josiah (Women's Aid Organisation -WAO), Yunus dan Yap Swee Seng (SUARAM)
Dari kiri; Ivy Josiah (Women’s Aid Organisation -WAO), Yunus dan Yap Swee Seng (SUARAM)
Hassan memberitahu Yunus kembali ke Malaysia pada tahun 1986 dan tinggal menumpang di Markas Pusat Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) di Kelana Jaya, Selangor untuk beberapa bulan.

“Ketika itu aku menjadi Setiausaha Agung PSRM (kemudian nama PSRM ditukar kepada nama asalnya Parti Rakyat Malaysia (PRM), pada tahun 1990).

“Pada suatu pagi beberapa hari selepas kepulangannya dari London,aku menghanatar Yunus ke Universiti Malaya. Dia berjaya mendaftarkan diri di universiti itu untuk menyambung pengajiannya di peringkat sarjana di bidang sosiologi.”

Tambah Hassan, Yunus ditahan sekali lagi di bawah ISA pada tahun 1987 yang dikenali sebagai Operasi Lalang.

“Yunus sempat menyelesaikan ijazah sarjananya walaupun ditahan dibawah ISA. Selepas bebas, Yunus menumpu kepada kerjanya sebagai pensyarah. Kemudian dia berkahwin dan membina keluarganya.

“Hanya pada bulan Julai 2010 yang lalu Hishamudin Rais memberitahuku Yunus sakit dan terlantar di Hospital Selayang, Selangor. Aku sempat menziarahinya. Aku tidak sangka itulah pertemuan kami yang terakhir.”

Kamaruzaman Yaacob
Kamaruzaman Yaacob
Seorang lagi rakan karib Yunus, Kamarazaman Yaacob memberitahu ketika Kementerian Dalam Negeri (KDN) menahan Yunus di bawah ISA dalam Operasi Lalang 1987 dia dituduh menyokong perjuangan komunis.

“Semasa Che Det (Tun Mahathir) menangkap 107 orang di bawah ISA, komrad Yunus turut terjala sama. Ditahan 2 tahun di Kamunting.

“Malah KDN mengeluarkan Kertas Putih mengenai kegiatan Yunus termasuk menemui Chin Peng bersama Hishamuddin di Hong Kong,” dedah Kamarazaman dalam satu kumpulan Whatsapp.

Kamarazaman turut mendedahkan aktivis Kelab Sosialis UM melarikan diri bukan kerana takut tetapi hanya untuk mengelakkan diri daripada ditangkap polis.

“Sebenarnya percubaan awal untuk lari dari Malaysia diputuskan di rumah Abu Yaakob (Yussof Al Hantazz), wakil Al Fattah di Jalan Maarof Bangsar.

“Kami empat orang, Hishamuddin, Yunus, Abu Zer dan saya. Hisham dan Yunus bergerak melalui Selatan dua hari lebih awal. Saya dan Abu Zer melalui Pahang. Berkumpul di Kota Baharu. Yang membawa kami lintas sempadan ke Thailand ialah Lokman anggota Barisan Revolusi Nasional-BRN (Allahyarham mati ditembak di Setul Thailand pada tahun 2002).

“Di Thailand, kami akan tinggal selama sekurang-kurangnya enam bulan bersama BRN untuk membantu mengajar dalam bidang propaganda bertulis.”

Walau bagaimanapun Kamarazaman berkata rancangannya tidak berjaya dan telah ditahan polis.

“Akhirnya saya ditangkap. Abu Zer (Allhayarham) sertai rejemen ke-10 PKM. Yunus lari semasa menyertai satu persidangan di Hong Kong. Hishamuddin turut lari melalui jalan IBHY,” dedahnya lagi.

Kamarazaman sekali lagi menegaskan mereka cuba melarikan diri bukan kerana takut ditangkap tetapi cuba mengelak daripada ditangkap.

” Terkurung tidak ada apa-apa boleh dibuat. Sedangkan kami mahu meneruskan perjuangan rakyat. Demonstarsi Baling kami anggap permulaan kebangkitan rakkyat yang bersedia melakukan revolusi.

“Siri kemenangan Vietcong (pro komunis) di Vietnam menyakinkan kami,”tegasnya.

Maria Chin Abdullah Ada Kaitan Dengan CIA

5 thoughts on “Menyingkap Latar Belakang Arwah Yunus Lebai Ali, Suami Maria Chin Abdullah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s