Mujahid Tidak Puas Hati Tindakan Hadi Pinda RUU355 Tanpa Bahas

KUALA LUMPUR: AMANAH menyuarakan kekecewaan terhadap Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertindak meminda tanpa bahas usul Rang Undang-undang (RUU 355) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 yang dibacakan buat kali kedua hari ini.

Menurut Naib Presiden AMANAH Datuk Mujahid Yusof Rawa, tindakan Hadi meminda usul berkenaan menyebabkan proses untuk memperkasakan Mahkamah Syariah kembali ke peringkat permulaan.

Beliau merujuk kepada usul RUU itu yang mengandungi pindaan terhadap had hukuman yang boleh dikenakan di bawah akta itu kelak.

Melalui pindaan yang dibawa Hadi, jumlah hukuman itu mahu ditingkatkan menjadi – hukuman penjara maksimum 30 tahun, denda maksimum RM100,000 dan hukuman sebatan maksimum 100 kali sebatan (syarie).

Justeru Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar mencadangkan agar satu jawatankuasa dibentuk di peringkat Dewan Rakyat bagi menilai semula usul yang dibawa oleh Hadi agar kajian menyeluruh dapat dibuat sebelum apa-apa keputusan diambil.

“Sebenarnya saya sebut dalam celahan saya, dulu apabila (Ahli Parlimen) Marang bentang benda itu tergantung tidak ada bahas, bila tergantung (masyarakat) di bawah ini jadi berpecah sebab masyarakat punya pandangan dan persepsi pelbagai. Kebencian antara orang Islam dan bukan Islam. Sekarang saya mengharapkan ada satu peringkat lagi (dalam pindaan RUU 355) bila Marang bentang dengan pindaan, benda sama berulang.

“Akhirnya kita akan ulang balik kitaran perpecahan dan permusuhan di bawah itu. Sebab itu saya cadangkan satu idea buat jawatankuasa tapi Speaker jawab jawatankuasa itu bukan kuasa dia, nanti bila sudah masuk peringkat kementerian baru akan dibuat.

“Bagi saya benda ini boleh buat kalau tahu apa yang berlaku di bawah ini. Beliau mesti ada satu usaha proaktif untuk buat jawatankuasa bagi menangani isu yang timbul ekoran RUU 355,” katanya merujuk kepada permohonan menangguhkan usul RUU355 hari ini.

AMANAH sebelum ini mencadangkan penubuhan jawatankuasa khas yang dianggotai para ketua hakim mahkamah syariah dari setiap negeri, profesional dan agamawan serta pihak berkuasa berwajib.

Jawatankuasa khas itu diberi tanggungjawab untuk menyelia langkah pemerkasaan Mahkamah Syariah, termasuk meningkatkan kecekapan melalui penajaman kehakiman para hakim dan kakitangan Mahkamah Syariah.

Hadi hari ini memohon untuk menangguhkan pembentangan usul RUU355 bagi memberi laluan kali kedua kepada masyarakat khususnya bukan Islam untuk lebih memahami pindaan berkenaan.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Tertinggi AMANAH Hanipa Maidin yang juga Ahli Parlimen Sepang pula menjangkakan bahawa pindaan RUU355 ini tidak akan berjaya untuk dibentangkan berdasarkan kepada penerimaan negatif oleh Ahli-ahli Parlimen bukan Islam dan parti bukan Islam di negara ini.

“Kami (AMANAH) jangka akan ada perbahasan tapi saya tidak nampak RUU ini akan diteruskan di masa hadapan. Ia akan disimpan oleh (Ahli Parlimen) Marang di dalam poket dia,” katanya di lobi Parlimen.

Usul untuk meminda RUU355 hari ini adalah kali kedua dibawa Hadi selepas kali pertama dibentangkan pada 26 Jun lalu dan membuat penangguhan atas alasan sama iaitu masih ramai bukan Islam tidak memahami cadangan pindaan itu – AP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s