RUU 355 : Rafizi Ramli Hanya Berani Ulas Di Facebook

AIDCNews – 24/11/16 – Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli dilihat bacul berkaitan Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 kerana beliau tidak menggunakan peluangnya sebagai wakil rakyat untu bersuara di Parlimen sebaliknya hanya berani bersuara melalui Facebook.

Pada Selasa lalu, Rafizi juga tidak hadir ke taklimat khas kepada anggota parlimen Islam berkaitan RUU Akta 355 di bangunan sementara Parlimen dengan alasan mempunyai kerja lain yang lebih penting.

Taklimat khas itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Hari ini, ketika Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul di Parlimen, Rafizi juga tidak kelihatan menyuarakan apa-apa ulasan berkenaan usul RUU 355 itu.

Namun begitu, secara berselindung di sebalik media maya, Rafizi membuat suatu tuduhan jahat dengan mendakwa usul RUU 355 itu adalah suatu permainan UMNO dan PAS.

Tulisan Rafizi dalam Facebook seperti berikut :

usul

Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan pindaan kepada usul asal untuk meminda Akta 355. Saya difahamkan ini hasil dari beberapa perbincangan ekoran perjumpaan yang dipanggil oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari Selasa lalu.

Pindaan kepada usul asal bermakna hukuman kini ditetapkan mengikut kaedah undang-undang biasa kecuali yang melibatkan sebat (jika diluluskan had dinaikkan kepada maksimum 100 sebatan).

Prosesnya selepas ini adalah seperti berikut:

1) kami sedang menunggu keputusan Tan Sri Speaker sama ada membenarkan pindaan usul ini dibentangkan, dibahaskan dan diundi di Parlimen sekarang (sedang bersidang).

LINTAS LANGSUNG

(Tan Sri Speaker baru sahaja menjemput Ahli Parlimen Marang membaca pindaan kepada usul).

2) Jika diundi dan diluluskan, ia dikira sebagai bacaan pertama dan dipulangkan kepada kerajaan untuk dipertimbangkan. Perkara ini mati di situ sahaja sekiranya menteri tidak kembali ke Dewan Rakyat untuk membentangkan rang undang-undang ini bagi bacaan kali kedua.

TERKINI

Tan Sri Speaker memanggil Ahli Parlimen Marang untuk membaca usul.

Ahli Parlimen Marang membaca dan meminta untuk menghuraikan cadangan beliau itu dalam sessi yang akan datang.

Maka usaha untuk membentangkan RUU355 mati begitu sahaja hari ini.

Tetapi polemiknya akan bersambung lagi hingga ke sessi akan datang. Ahli-ahli PAS akan terus diberi harapan bahawa Umno mahu bersama-sama mendaulatkan Islam melalui pindaan akta ini.

Kalaulah Umno terus bermain begini sehingga ke belanjawan akan datang, adakah ahli parlimen PAS akan terus berkecuali dalam undian belanjawan akan datang?

Kali pertama saya menulis mengenai perkara ini lebih sebulan lalu, saya nyatakan secara terbuka jika usul dibentangkan dan diundi, saya tidak ada masalah menyokong kerana memang kita mahu dengar pandangan Umno dalam perkara ini.

Tetapi apabila berulang kembali perkara ini pada hari ini, jelaslah permainan Umno dalam perkara ini dan saya khuatir PAS akan terus dimain-mainkan. Akhirnya PAS akan terus dilihat berkawan dengan Umno dan memanjangkan tempoh berkuasanya Najib Razak

Saya bersedia mengundi dan menyokong usul asal.

Selepas dirunding dengan Umno Selasa lalu, usul dipinda pada saat-saat akhir hingga kaedahnya sudah menjadi takzir (kecuali sebatan) dan bukannya hudud seperti yang diwar-warkan.

Hari ini, Ahli Parlimen Marang sekali lagi menunda dari membentang dan menghuraikan usul beliau.

Permainan Umno itu jelas dan saya ambil pendirian sebegini bermula dari hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s