Dr Mahathir Tidak Dijemput Ke Persidangan Kebangsaan DAP

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dipelawa ke Persidangan Kebangsaan DAP minggu depan kerana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukan parti komponen Pakatan Harapan, kata setiausaha organisasinya, Anthony Loke Siew Fook.

“PPBM belum membentuk pakatan rasmi dengan Harapan. Ia adalah tradisi kami hanya mempelawa parti komponen pakatan kami ke persidangan kebangsaan.”

Persidangan kebangsaan DAP dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal di Shah Alam pada 4 Disember ini.

Loke berkata, antara pemimpin Pakatan Harapan yang dijemput ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Presiden Amanah, Mohamad Sabu serta timbalannya, Salahuddin Ayub.

“Kami sudah menjemput veteran parti kami dan turut menjemput pucuk pimpinan 2 parti komponen dalam PH, iaitu PKR dan Amanah.”

Beliau berkata, hanya 2 pemimpin DAP akan menyampaikan ucapan di persidangan itu, iaitu pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng.

“Tiada ucapan daripada pemimpin parti lain. Hanya 2 pemimpin DAP akan berucap pada persidangan itu dan akan ada perbahasan di kalangan perwakilan kami.”

Katanya, seramai 2,732 perwakilan dari seluruh negara dijangka menghadiri persidangan kebangsaan itu yang bakal meraikan ulang tahun ke-50 parti itu.

“Parti dijangka menerima pakai pengisytiharan ‘DAP pada 50’, di mana ia akan memperbaharui asas perjuangan parti untuk 50 tahun akan datang.” FMT

Dilanda Skandal Rasuah Guan Eng, DAP Rancang Tangguhkan Pemilihan Parti

Lim Kit Siang Kunci Mulut Ditanya Calon Setiausaha Agung DAP

One thought on “Dr Mahathir Tidak Dijemput Ke Persidangan Kebangsaan DAP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s