IKATAN : Lee Kuan Yew Pun Tidak Campur Urusan Islam

AIDCNews – 25/11/16 –Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil berkata berbeza dengan DAP dan parti sekutunya, Setiausaha Agung PAP, Lee Kuan Yew dahulu pun tidak mencampuri urusan berkaitan dengan Islam.

PAP merupakan sebuah parti dari Singapura yang menyertai Malaysia pada tahun 1963, kemudian DAP ditubuhkan bagi menggantikan PAP selepas Singapura berpisah dengan Malaysia pada Ogos 1965.

“Dulunya, waktu kita buat pindaan segala undang-undang berkaitan agama Islam, kita tak pernah merujuk kepada individu lain. Dan mereka semua bersikap professional.

“Waktu Lee Kuan Yew (mantan Perdana Menteri Singapura) berada di Parlimen dahulu, beliau tidak pernah campurtangan dan hanya berdiam diri kerana ia berkaitan agama Islam dan tiada perkaitan dengan gama-agama lain,” ujar Kadir, lapor klxpress

Mengulas lanjut, beliau berkata Mahkamah Syariah sudah wujud semenjak negara mencapai kemerdekaan, bahkan ianya sudah termaktub dalam perlembagaan, justeru ia bukan suatu perkara yang baharu.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berjaya membentangkan pindaan usul Akta 355 di Dewan Rakyat buat kali kedua semalam.

Jelasnya apa yang dibentangkan oleh Hadi itu hanya untuk memperkukuhkan usul yang dibawa oleh beliau pada 26 Jun lalu dengan menambah had hukuman penjara daripada 3 tahun kepada 30 tahun maksimun, denda RM5,000 kepada RM100,000 dan 6 sebatan kepada maksimum 100 sebatan Syarie.

“Pindaan itu hanya untuk memperjelaskan apa yang beliau telah bentang dulu. Dalam bulan Mac depan akan beri hujah dalam waktu itu semua orang yang tidak berniat baik itu boleh lihat balik kerana pindaan itu tidak ada apa-apa hanya untuk tingkatkan hukuman untuk pesalah supaya lebih munasabah,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s