Mengapa Sekutu DAP Terlalu Mengelabah Pindaan RUU 355

AIDCNews – 25/11/16 –Tindakan Naib Presiden PAN Datuk Mujahid Yusof Rawa yang berulang kali mendesak Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menggunakan kuasanya supaya kerajaan menubuhkan sekretariat menunjukkan sekutu DAP itu sangat tidak selesa berkaitan dengan usul Rang Undang-undang (RUU) 355 yang dikemukakan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

“Tuan Speaker, kalau Tuan Speaker menyebut itu jaminan Tuan Speaker, boleh tak kami dapat jaminan Tuan Speaker bersetuju ada jawatankuasa. Saya minta, saya mohon.

“Sebab kalau Tuan Speaker sebut macam itu kenapa apabila (Ahli Parlimen) Marang bentang pada sesi yang lepas, tidak diambil tindakan untuk membentuk jawatankuasa dan sebagainya,” soal Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.

Persoalan Mujahid itu dijawab Pandikar Amin Mulia yang berkata permohonannya itu terlalu gelojoh hingga melangkaui langkah-langkah yang sepatutnya dilakukan berkaitan dengan usul berkenaan.

“Yang Berhormat. Belum sampai ke tahap itu,” jawab Pandikar.

“Tadi, Tuan Speaker kata kuasa ada kat tangan Tuan Speaker, ” soal Mujahid yang kelihatan tidak berpuas hati.

“Maksud saya Yang Berhormat, untuk menentukan sama ada usul itu dimasukan ke dalam kertas ke apa ke, itu kuasa saya,” jawab Pandikar.

Tambahnya lagi, “Apabila Yang Berhormat minta kerajaan beri jaminan bahawa ianya akan dibahas pada masa akan datang, kerajaan tidak boleh buat begitu kerana belum lagi ada usul itu datang kepada saya.”

Seterusnya, lihat rakaman di bawah :

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s