Rafizi Ramli Letak Jawatan Setiausaha Agung PKR

AIDCNews – 25/11/16 –Rafizi Ramli mengumumkan perletakan jawatan Setiausaha Agung PKR berikutan hukuman bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dalam dua pertuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) baru-baru ini.

“Saya dengan ini memaklumkan keputusan saya untuk meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung KEADILAN berkuatkuasa hari ini Jumaat, 25 November 2016,” katanya dalam laman peribadinya, rafiziramli.com/ sekejab tadi.

Walau bagaimanapun Rafizi berkata beliau masih berminat untuk mengekalkan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR.

“Oleh yang demikian, saya kini kekal sebagai salah seorang Naib Presiden yang dipilih oleh anggota parti dan akan terus melaksanakan tanggungjawab itu dengan sebaik mungkin.

“Mandat sebagai Naib Presiden telah diberikan oleh anggota, maka saya akan terus menjawatnya sehinggalah proses undang-undang memuktamadkan kedudukan saya di sisi undang-undang kelak,”katanya lagi.

raf
raf1
raf2

Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan lain, mengesahkan peletakan jawatan Rafizi dan memaklumkan Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengambil alih jawatan tersebut.

Saifuddin yang kini merupakan Pengarah Pilihan Raya PKR sebelum ini pernah menjadi setiausaha agung parti itu pada 2010 sehingga 2014.

“Saya menerima surat peletakan jawatan YB Rafizi Ramli sebagai setiausaha agung yang disampaikan dengan tangan kepada saya hari ini.

“Perkara ini dibincangkan terlebih dulu mengambil kira kemungkinan beliau dijatuhkan hukuman atas pelbagai pertuduhan yang dibawa terhadapnya,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s