Ambiga Akui Maria Chin Pemimpin Di Balik Tabir BERSIH

maria1AIDCNews – 26/11/16 –Meskipun dilantik Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan mengakui beliau bukanlah pemimpin sebenar perhimpunan haram pergerakan masyarakat sivil itu, sebaliknya dalang sebenar adalah Maria Chin Abdullah.

Menurut Ambiga, beliau tidak terlibat dengan penubuhan jawatankuasa BERSIH dan perhimpunan BERSIH 1.0, namun Maria Chin dan Wong Chin Huat sudah terlibat dari awal lagi.

“Siapa Maria ? Dia yang memperkenalkan kepada saya berkaitan dengan BERSIH..Saya tidak terlibat dengan BERSIH 1.0..

“Maria dan Wong Chin Huat telah mengunjungi pejabat saya dan memberi penghormatan kepada saya untuk memimpin BERSIH 2.0,” dedahnya, dilapor Malaysiakini.

Dari kiri; Ambiga, Maria Chin dan Ibrahim Suffian (Merdeka Center)
Dari kiri; Ambiga, Maria Chin dan Ibrahim Suffian (Merdeka Center)

Ambiga turut mendedahkan perhimpunan BERSIH 1.0 sehingga sekarang adalah kesinambungan perjuangan Maria Chin dan arwah suaminya, Yunus Lebai Ali.

“Saya adalah pemimpin Majlis Peguam, kemudian saya menjadi seorang aktivis. (Tetapi) Maria dilahirkan sebagai seorang aktivis.

“Dia dan suaminya Yunus (Ali) – kehidupan mereka adalah untuk berkhidmat kepada rakyat,” kata Ambiga.

Ambiga menceritakan perkara itu dalam satu majlis pelancaran kempen ‘Bebas Maria dan Mansuhkan Sosma’ di dewan Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya malam tadi.

Pengakuan Ambiga itu sekaligus telah mengesahkan pendedahan AIDCNews sebelum ini yang merumuskan bahawa perhimpunan BERSIH adalah didalangi DAP melalui badan pemikirnya REFSA (Research for Social Advancement) yang telah melantik tiga NGO pro DAP sebagai jawatankuasa pemandu BERSIH

Tiga NGO pro DAP itu adalah SUARAM (Suara Rakyat Malaysia), WDC (Women’s Development Collective) dan WAMI (Writers Alliance for Media Independence) yang dipimpin oleh Dr Kua Kia Soong (bekas ahli parlimen DAP di Petaling Jaya), Maria Chin Abdullah dan Wong Chin Huat (sekarang dilantik penganalisis sosial dan politik badan pemikir DAP untuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Penang Institute)

Lihat kronologi gambarajah di bawah :

Selanjutnya, sila baca “DAP Dalang BERSIH“, “Suntikan Jarum Yahudi Melalui BERSIH Untuk Hancurkan Islam” dan “Kit Siang Bengang BERSIH 5 Dikategorikan Sebagai Gagal

penang
penang1

AIDCNews, 24 Nov turut mendedahkan perhimpunan BERSIH 5 adalah manifestasi kesimbungan perjuangan Maria Chin dan suaminya, arwah Yunus Lebai Ali melalui NIEI (National Insitute for Electoral Integriti) sejak dari tahun 1980-an.

Selanjutnya, sila baca “Maria Chin Abdullah Ada Kaitan Dengan CIA” dan “Menyingkap Latar Belakang Arwah Yunus Lebai Ali, Suami Maria Chin Abdullah

PRU 14 : Berjayakah Soros Bantu DAP Tawan Putrajaya Melalui BERSIH ?

2 thoughts on “Ambiga Akui Maria Chin Pemimpin Di Balik Tabir BERSIH

  1. Sakitnya hati bila melihat perhimpunan haram ini mendapat sokongan dari beberapa bekas pemimpin dan menteri UMNO/BN dan juga org Melayu. Kebodohan dan kejijikan apakah ini?

    Kita tahu, sebenarnya bekas pemimpin Melayu ini sedar permainan jahat DAP dan NGO haram ini, namun mereka memejam mata dan memekak telinga semata-mata gila kan kuasa.

    Pembantaian dan pemomokan bahawa UMNO/BN adalah teruk hanyalah sebuah propaganda persepsi, namun ia telah berjaya meracun pemikiran golongan muda Melayu, sehingga mereka tidak berjaya membuat kaji selidik dan memahami apakah matlamat utama BERSIH ini. Propaganda persepsi adalah senjata paling ampuh menanam kebencian, kerana mereka tahu golongan muda Melayu malas berfikir.

    Apabila UMNO/BN lemah, Islam turut lemah, Melayu juga lemah. Selepas itu, barulah kita tersedar, namun sudah terlambat

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s