KDN & ROS Didesak Dedah Hasil Siasatan Penyelewengan Pemilihan DAP

AIDCNews – 26/11/16 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) didesak mengumumkan hasil siasatannya terhadap DAP berhubung status terkini parti berkenaan susulan dakwaan berlakunya penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pemilihan parti.

Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP), Zulkifli Mohd Nor berkata tindakan tegas perlu diambil terhadap parti terbabit tanpa sebarang layanan istimewa jika didapati melanggar undang-undang.

Beliau merujuk kepada siasatan Jabatan Pendaftar, ROS, terhadap aduan bekas ahli DAP bahawa berlaku kepincangan dalam pemilihan parti pada tahun 2013, dan juga penubuhan cawangan parti terbabit.

Namun selepas tiga tahun, hasil siasatan masih belum didedahkan oleh ROS menyebabkan DAP terus berfungsi tanpa sebarang halangan.

Zulkifli merupakan bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan yang turut bertanding merebut tempat 20 Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada pemilihan 15 Disember 2012, namun beliau tewas.

Semalam, AIDCNews mendedahkan pemilihan Ahli CEC DAP ke-16 pada 15 Dis 2012 diakui sendiri parti itu sebagai kesilapan teknikal melalui manipulasi pengiraan dalam komputer.

Pengakuan DAP tentang kesilapan teknikal pemilihan DAP 2012
Pengakuan DAP tentang kesilapan teknikal pemilihan DAP 2012

Melalui sistem manipulasi itu, Zairil Khir Johari yang sepatutnya kalah telah dimenangkan dan Wu Him Ven (Vincent) yang sepatutnya menang salah seorang daripada daripada 20 anggota CEC telah dikalahkan.

DAP mengubah keputusan rasmi diumumkan pada 15 Dis 2012 yang mencatatkan Zairil Khir Johari tewas kepada menang pada  3 Januari 2013, iaitu kira-kira 19 hari selepas pemilihan tersebut
DAP mengubah keputusan rasmi diumumkan pada 15 Dis 2012 yang mencatatkan Zairil Khir Johari tewas kepada menang pada 3 Januari 2013, iaitu kira-kira 19 hari selepas pemilihan tersebut

Akibat keputusan yang diubah secara teknikal itu, ROS telah mengarahkan DAP untuk mengadakan pemilihan semula.

Dalam pemilihan semula yang diadakan pada 29 September 2013, keputusannya yang diumumkan parti itu hampir sama seperti pemilihan 15 Disember 2012, kecuali nama Zairil yang dimenangkan secara sah.

Walau bagaimanapun, sampai sekarang ROS tidak memaklumkan sama ada pemilihan semula DAP yang diadakan pada 2013 itu sah atau sebaliknya.

Selanjutnya, sila baca “Setiausaha Agung DAP Baharu : Zairil Khir Johari Ganti Guan Eng ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s