Dari Sosialis Kepada Sosial Demokrat

AIDCNews – 28/11/16 – Di ambang keruntuhan ideologi Komunis, Presiden Amerika Syarikat (AS), Ronald Reagan menubuhkan National Endowment for Democracy (NED) pada tahun 1983.

NED dibangun dengan mengeksploitasi bekas tokoh-tokoh sosialis yang dikitar semula menjadi pejuang sosial demokrat bersesuaian dengan aspirasi AS.

reagan_ned

Carl Gershman, seorang Yahudi telah dilantik sebagai Presiden NED pada tahun 1984.

“Presiden NED, Carl Gershman adalah ketua Sosial Demokrat, Amerika Syarikat dari 1974 hingga 1980. Demokrat Sosial adalah sosialis aka komunis,” dedah laman channelingreality.com

carlLaman itu menyebut Gershman merupakan ketua Sosial Demokrat, AS selepas Parti Sosialis-AS berpecah kepada dua puak pada awal 1970-an.

“Sayap kiri yang diketuai oleh Michael Harrington, dan sayap kanan diketuai oleh Gershman, Tom Kahn, dan Rachelle Horowitz.”

Dalam temu bual pada tahun 2006, Gershman berkata, “Saya perlu mengaku bahawa dalam usia remaja saya, saya adalah seorang (berfahaman) sosial demokrat. Saya kini benar-benar seorang demokrat Saya non-partisan;. Saya cuba untuk membawa Demokrat dan Republikan bersama-sama di Amerika Syarikat,” akuinya dalam temu bual bersama Australian Broadcasting Corporation..

Wikipedia Carl Gershman turut menyebut Gershman dari tahun 1970-1974 adalah seorang pemimpin Liga Pemuda Sosialis Rakyat (YPSL), sayap pemuda Parti Sosialis Amerika.

“Pada konvensyen ini (1972), Parti Sosialis menukar namanya kepada Sosial Demokrat, Amerika Syarikat.”

Wikipedia turut menyebut Gershman berkhidmat sebagai Wakil AS kepada Jawatankuasa PBB mengenai hak asasi manusia semasa Pentadbiran Reagan pertama.

“Beliau dan ahli-ahli Sosial Demokrat Amerika Syarikat telah dipanggil Jabatan Negeri Sosialis ” oleh Massing (1987), yang menulis bahawa dasar luar pentadbiran Reagan itu sedang dikendalikan oleh Trotskyis (Leon Davidovich Trotski, seorang revolusioner Rusia dan pendokong Lenin).”

Laman rightweb.irc-online.org/ menyebut, seorang neokonservatif, pernah memegang beberapa jawatan dalam pentadbiran Reagan termasuk Freedom House sebelum mengambil alih NED pada tahun 1984.

Tujuan pendedahan artikel ini untuk membuktikan signifikan CIA membantu arwah Yunus Ali pada akhir tahun 1980-an.

Yunus Ali yang merupakan suami Maria Chin Abdullah merupakan penganut fahaman sosialis semasa zaman pelajarnya telah bertukar menjadi pejuang hak asasi manusia pada akhir tahun 1980-an.

Selanjutnya, sila baca “Menyingkap Latar Belakang Arwah Yunus Lebai Ali, Suami Maria Chin Abdullah” dan “Maria Chin Abdullah Ada Kaitan Dengan CIA

dap1
dap2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s