Polis Serbu ‘Jantung’ BERSIH

empowerAIDCNews – 28/11/16 –Polis hari ini dilaporkan telah menyerbu ke Pejabat Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER) di Seksyen 4, Petaling Jaya yang disifatkan sebagai ‘jantung’ pergerakan BERSIH.

Menurut Twitter EMPOWER, sekumpulan 10 pegawai polis tiba di pejabat itu kira-kira pukul 1 tengah hari dan mengunci diri mereka dari dalam.

Menurut mereka tiada sebab diberikan berhubung serbuan itu.

“Polis tidak membenarkan peguam ke pejabat kami dan telah menutup semua tingkap dengan kertas supaya orang luar tidak dapat melihat apa yang mereka lakukan,” kata NGO itu menerusi Twitter.

Menurut peguam EMPOWER, Honey Tan, pihak polis memaklumkan bahawa serbuan dilakukan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan, berkaitan dengan perbuatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Honey Tan juga merupakan juru cakap Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) yang pernah menuntut hak LGBTIQ ( lesbian, gay, biseksual, transgender dan interseks serta bukan heteroseksual) dalam semakan berkala sejagat (UPR) ke atas Malaysia melalui Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland.

EMPOWER merupakan salah satu anggota Comango selain KOMAS (Pusat Komunikasi Selangor), SIS (Sister In Islam), WAMI (Writers’ Alliance for Media Independence), AIM (Amnesty International Malaysia), CIJ (Centre For Independent Journalism), AWAM (All Women’s Action Society Kuala Lumpur and Selangor) Pertubuhan Kristian Malaysia dan lain-lain.

Gabungan ngo hak asasi ini merupakan pejuang LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) di Malaysia dan juga merupakan penggerak BERSIH.

Polis berada di pejabat Empower selama kira-kira empat jam sejak 12.30 tengah hari.

Pegawai kewangan EMPOWER, Mei Yun, memberitahu Malaysiakini bahawa polis mengambil laporan kewangan mereka untuk tempoh 2013 hingga 2016.

Pada 18 Nov lalu, polis bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menyerbu pejabat BERSIH di Petaling Jaya sehari sebelum perhimpunan BERSIH 5.

Pejabat BERSIH, adalah berkongsi dengan pejabat EMPOWER dalam satu bangunan pejabat yang sama.

Semasa serbuan itu, polis turut menahan Maria Chin Abdullah, Pengerusi BERSIH 2.0 yang juga pengerusi EMPOWER.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, serbuan ke pejabat BERSIH itu telah menemui beberapa dokumen yang memberi petunjuk kepada satu kesalahan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu menggugat amalan demokrasi berpalimen di Malaysia.

“Pada 18.11.2016 satu pasukan polis telah pergi ke pejabat BERSIH dan membuat penggeledahan dan kami telah menemui beberapa dokumen yang memberi petunjuk kepada kami bahawa satu kesalahan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu menggugat amalan demokrasi berpalimen di Malaysia.

“Oleh kerana cukup alasan-alasan untuk kita menahan dan menyiasat Maria Chin di bawah Seksyen 124C, kita telah menahan dia selepas itu pada hari yang sama dan prosedur di bawah siasatan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan adalah di bawah (Langkah-Langkah Khas) 2012 SOSMA.

“Jadi di bawah SOSMA ini, kita boleh menahan dia selama 28 hari. Jadi, penahanan Maria Chin tidak ada kena mengena dengan perhimpunan BERSIH,”kata Khalid dalam satu kenyataan.

Maria Chin dilaporkan telah dibebaskan daripada tahanan polis petang tadi.

Menurut Time. Com, Maria Chin atau atau nama asalnya Mary Chin Cheen Lian dilahirkan pada tahun 1956 di United Kingdom, ketika ayahnya sedang belajar di sana, dan kemudiannya dibesarkan di Malaysia.

“Dia (Chin) memeluk agama Islam ketika berkahwin dengan aktivis Yunus Ali pada tahun 1993 – di mana mereka telah bertemu di tahun 1970-an apabila Yunus dibuang negara ke London,”lapor Time.

Yunus Ali merupakan aktivis pelajar Universiti Malaya (UM) yang melarikan diri ke luar negara apabila polis melakukan tangkapan terhadap aktivis-aktivis pelajar yang menjadi dalang demonstrasi pelajar sekitar tahun 1970-an.

“Kami mempunyai banyak persamaan, terutamanya ke atas apa yang berlaku di negara ini. Dan dia (Yunus) berminat terhadap hak-hak wanita, yang agak jarang berlaku itu, “kata Chin mengenai suaminya dalam temu bual dengan Straits Times Singapura tahun lepas.

Blog mahasiswamenggugat mendedahkan Yunus Ali dan Maria Chin telah menubuhkan sebuah NGO yang dinamakan NIEI (National Institute for Electoral Integrity) untuk memantau pilihan raya di Malaysia.

“Yunus Lebai Ali, seorang mahasiswa sosialis dari Universiti Malaya yang melarikan diri ke luar negara. Beliau pulang ke Malaysia pada tahun 1990. Hishamuddin Rais teman rapat beliau pulang pada tahun 1994.

“Yunus Ali berkahwin dengan Maria Chin Abdullah seorang aktivis. Sebaik pulang ke Malaysia, Yunus Ali dan Maria Chin telah menubuhkan sebuah NGO yang dinamakan NIEI (National Institute for Electoral Integrity).

“NIEI dan MAFREL (Malaysians for Free and Fair Elections) telah mendapat tajaan Asia Foundation untuk bekerjasama dengan ANFREL (Asian Network for Free and Fair Elections) untuk memantau Pilihanraya di Malaysia.

“Maria Chin aktif dalam NGO sebagai Presiden Persatuan Pergerakan Wanita (AWAM) sehingga 1990 dan terus bekerja sebagai Pengarah Eksekutif WDC (Women’Development Collective) sehingga 2005 yang mengetengahkan isu kesaksamaan gender, keganasaan wanita dan hak wanita.

“Pada tahun 2005, Maria Chin menjadi Pengasas dan Pengarah Eksekutif kepada Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER) yang memperjuangkan kumpulan yang terpinggir dalam masyarakat, terutamanya wanita dan remaja.

“EMPOWER adalah ahli Joint Action Group for Gender Equality (JAG) yang membentuk COMANGO (Gabungan Persatuan-persatuan Malaysia), sebuah gabungan yang menyediakan laporan status hak asasi manusia Malaysia utnuk proses Unitied Nations Universal Periodic Review.

“Maria Chin juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah kepada Pusat Asia Pasifik Sumber dan Penyelidikan Wanita (Asia Pacific Resource and Research for Women – ARROW) sejak 2010.

“Pada 2013, Maria Chin dilantik sebagai Pengerusi baharu BERSIH 2.0,” dedah blog siswa itu.

Selanjutnya, sila baca “Maria Chin Abdullah Ada Kaitan Dengan CIA”, “Menyingkap Latar Belakang Arwah Yunus Lebai Ali, Suami Maria Chin Abdullah” dan “Ambiga Akui Maria Chin Pemimpin Di Balik Tabir BERSIH

Dana Soros : Maria Chin Enggan Dedah Butiran Akaun Kepada Polis

One thought on “Polis Serbu ‘Jantung’ BERSIH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s