PAN Pandang Rendah Terhadap PPBM, Hanya Layak Dilantik PM Sementara Sahaja

AIDCNews – 28/11/16 – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merupakan sebuah parti yang lemah di mata Parti Amanah Negara (PAN) dan hanya layak dilantik sebagai Perdana Menteri (PM) sementara jika Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya ke-14 (PRU 14).

PAN Johor bersetuju Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai PM sementara bagi menunggu PM sebenar bagi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim dibebaskan daripada hukuman penjara selama lima tahun dari Penjara Sungai Buloh kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya.

Cadangan itu diusulkan Pengerusi PAN Johor, Aminolhuda Hassan dalam Konvensyen Tahunan PAN Johor di Goodhope Hotel, Skudai pada Sabtu.

Usul PAN Johor itu pernah dicadangkan oleh Timbalan Presiden PAN pusat, Salahuddin Ayub dalam Konvensyen Nasional Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini.

“Calon Perdana Menteri adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya memang pegang dengan perjanjian ini. Tetapi kalau nak bebaskan Anwar, kita kena pergi ke Putrajaya.

“Kita dan rakyat yang akan mengundi kita (yang akan membebaskan Anwar). Sebelum Anwar dibebaskan, kita kena ada Perdana Menteri yang akan dahulu (mengisi jawatan itu),” kata Salahuddin.

Sebelum ini berlaku percanggahan siapa PM bagi mewakili blok pembangkang apabila Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan Muhyiddin Yassin sebagai PM sementara DAP yang mewakili PH menamakan Anwar Ibrahim.

Kedua-dua calon PM adalah bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Sementara itu, Salahuddin berkata keputusan PPBM menyertai PH akan diputuskan pada 13 Disember depan dalam mesyuarat majlis presiden PH yang diadakan setiap bulan.

“Saya yakin kami akan bermesyuarat tentang hasrat (Pengerusi PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad untuk Bersatu (PPBM) diterima dalam keluarga PH.

“Saya yakin dan percaya bahawa tidak ada masalah untuk menerima Bersatu menjadi satu lagi parti (gabungan) dalam PH menjadikan empat parti iaitu Amanah, DAP, PKR dan Bersatu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pertama PAN Pulau Pinang pada Ahad.

Salahuddin berkata Tun Dr Mahathir sendiri menyatakan bahawa PPBM tidak mahu menyertai PH sebagai ‘pakatan plus-plus’ sebaliknya mahu diterima sebagai satu keluarga dalam pakatan.

Pada Konvensyen PH di Shah Alam 12 Nov lepas Dr Mahathir dilaporkan berkata pihaknya akan menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu sebelum menyertai pakatan tersebut termasuk menjadikan pakatan itu sebagai satu entiti.

Sementara itu pada konvensyen itu, Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata walaupun secara dasarnya PPBM bersetuju untuk menyertai pakatan pembangkang itu, tetapi kepimpinan parti itu perlu berbincang lanjut berkenaan berkenaan beberapa perkara dalam persetujuan bersama PH.

One thought on “PAN Pandang Rendah Terhadap PPBM, Hanya Layak Dilantik PM Sementara Sahaja

  1. Kalau ikut gaya politik tikam belakang Tun M, jangan harap serah kuasa. Silap haribulan PPBN deal pula dgn BN bersyarat singkir Najib. Org DAP pun nampak tak berminat dgn Tun M. Mungkin sbb itu kedudukan PPBN dlm PH masih belum pasti. Yg pasti PAN Johor jelas pro-proksi Tun M, TSMY sedangkan PH lebih pada Anwar Ibrahim atau..Wan Azizah.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s